Semua pihak diminta bersabar dan menanti saat kerajaan mengumumkan harga minyak untuk bulan April.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek berkata, walaupun spekulasi tersebar di media sosial mengenai jangkaan kenaikan harga minyak, telahan itu dilihat hanya akan dijawab pada malam Selasa.
"Sabarlah, saya tidak boleh beritahu sehingga tiba masanya. Ia akan menjadi rahsia sehingga malam ini.
"Kenapa ada yang hendak mengeluh sedangkan belum ada pengumuman apa-apa mengenai harga minyak, sabarlah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Hasan mengulas rintihan pengguna di media sosial yang membuat telahan mengenai harga minyak yang dijangka naik bermula April.
Rata-rata mereka sudah mengeluh sekiranya spekulasi tersebut nyata benar kerana ia dilihat bakal membebankan pengguna memandangkan April juga ialah tarikh bermulanya pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Sebuah portal melaporkan penafian Hasan terhadap penyebaran gambar paparan skrin yang menunjukkan 'jaminannya' bahawa tiada kenaikan harga minyak akan berlaku bulan April.
Hasan turut menafikan perkara itu melalui laman Facebooknya, selain menyifatkan penyebaran itu satu tindakan biadab.
Kenaikan harga minyak akan memungkinkan peningkatan harga barangan di pasaran.
Sebelum ini, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin pernah meminta Hasan mencari mekanisme baharu bagi mengekang golongan peniaga yang berdegil untuk mengurangkan harga barangan selepas pengumuman penurunan harga minyak pada Februari.
Dalam pada itu, kata Hasan, dia tidak melayan sebarang tuntutan yang memintanya meletakkan jawatan seandainya terdapat perubahan pada harga minyak malam ini.
"Itu hak semua, kita hanya teruskan kerja," ujarnya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan turut meminta rakyat negara ini bersabar menanti pengumuman harga baharu minyak untuk bulan April.
"Tunggu sahajalah pukul 12.01 minit malam ini," jelasnya ringkas.
Pada Mac, harga petrol bagi RON95 adalah RM1.95, RON 97 RM2.25, dan diesel RM1.95.
Wan Syamsul Amly
Tue Mar 31 2015
HASAN: Sabarlah, saya tidak boleh beritahu sehingga tiba masanya. Ia akan menjadi rahsia sehingga malam ini. -Gambar fail
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Prosiding 1MDB: PAC puas hati dengan penjelasan Arul Kanda
Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata prosiding yang bermula kira-kira pukul 11 pagi tadi, berjalan lancar dan berhenti berehat sehingga pukul 2.30 petang untuk sesi seterusnya.
Tunggu zakat: 'Ketua kampung pun tak mahu layan saya' - Rosli Hamid
Menyara tiga anak yang bersekolah dengan wang bantuan persekolahan sebanyak RM300 sebulan merupakan bebanan hebat Rosli Hamid yang lumpuh kedua kakinya selepas terlibat dalam kemalangan motosikal.
Harga minyak: 'Sampai masa ku umum jua' - Hasan
Semua pihak diminta bersabar dan menanti saat kerajaan mengumumkan harga minyak untuk bulan April.
Bajet 2015 terganggu kerana banjir - Hasan Malek
Bajet 2015 yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Oktober tahun lepas dilihat akan terganggu dengan bencana banjir yang melanda beberapa negeri kebelakangan ini.
Rafizi hendak minyak RM1.61 seliter? Tunggulah masa kamu perintah negara - Hasan Malek
Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli dinasihat 'menunggu' masa mereka untuk memerintah negara dan mengumumkan harga minyak mengikut kemahuan sendiri.
Apa masalahnya peniaga 'online' untuk daftar di SSM? - Hasan Malek
"Saya tidak lihat apa-apa masalah berbangkit untuk peniaga online ini mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ini undang-undang dan mereka perlu ikut."
Peniaga dilarang guna slogan 'Jualan Pra CBP' - Hassan Malek
Peniaga dilarang menggunakan slogan 'Jualan PraCBP' bagi tujuan mempromosi serta melariskan barang jualan mereka.
'Ese buek kojo elok-elok, somuo koputusan hasil mesyuarat kabinet'- Hasan Malek
Saya buat kerja elok-elok, setiap keputusan yang saya umum adalah hasil mesyuarat kabinet, saya harap semua faham, Hasan Malek.
Pelekat warna berbeza untuk barangan dikecualikan GST dipertimbang - Hasan
Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk melabelkan barangan yang diberi pelepasan GST dengan pelekat warna berbeza untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna.
BAJET 2015: Cadangan label barangan tidak kena GST dikaji - Hasan Malek
Kerajan akan mengkaji cadangan supaya peniaga meletakkan label terhadap semua barangan yang diberi pelepasan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk mengelak pembeli daripada teraniaya.