Harga minyak global menyusut 5 peratus

Agensi
Mei 26, 2017 10:48 MYT
Dalam mesyuarat berkenaan OPEC dan 11 negara bukan anggota bersetuju mengekang pengeluaran minyak sehingga 1.8 juta tong sehari pada setengah tahun pertama 2017. - Gambar fail
Harga minyak global terus mencatatkan penyusutan lima peratus hari ini disebalik persetujuan Pertubuhan Negara-Negara pengeksport petroleum, OPEC dan negara pengeluar bukan OPEC melanjutkan pemotongan pengeluaran minyak untuk tempoh sembilan bulan lagi.
Persetujuan dicapai dalam mesyuarat di Vienna pada Khamis, dalam usaha menghabiskan bekalan minyak dan menaikkan harga minyak mentah.
Menteri Tenaga Arab Saudi yang mempengerusikan mesyuarat berkata pihaknya telah mempertimbang pelbagai senario, malah mempertimbang untuk pemotongan yang lebih tinggi.
Menurut Presiden Opec, Khalid Al Falih langkah itu baik untuk industri,dan ia akan mendatangkan kestabilan dan membawa balik pelaburan ke dalam industri.
OPEC juga katanya sependapat langkah itu baik untuk pengguna dan pasaran global, dimana ia akan menyaksikan pasaran modal bertambah baik setelah persetujuan dicapai.
Ia sekaligus mewujudkan kestabilan di daam ekonomi dunia ketika ini.
Dalam mesyuarat berkenaan OPEC dan 11 negara bukan anggota bersetuju mengekang pengeluaran minyak sehingga 1.8 juta tong sehari pada setengah tahun pertama 2017.
Katanya lagi eksport Arab Saudi akan diturunkan pada Jun iaitu lebih rendah daripada apa yang pelanggan mahukan.
#Arab Saudi #ekonomi #harga minyak #menteri #minyak #OPEC #pelaburan
;