Harga minyak: Ambil kira kepentingan pembeli, penjual - Tun Mahathir
Astro Awani
Januari 1, 2019 15:45 MYT
Januari 1, 2019 15:45 MYT
Perdana Menteri menjelaskan penetapan harga runcit petroleum yang akan diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu, akan mengambil kira kepentingan pembeli serta penjual.
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan optimis untuk menurunkan harga bahan bakar itu namun, perlu mempertimbangkang beberapa aspek terlebih dahulu.
"Kita (kerajaan) suka nak turunkan harga minyak tapi orang yang jual minyak pun kena buat duit sikit, kalau dia tak buat duit dia tak jual minyak dan kita tak dapat minyak.
"Jadi kita kena timbang dahulu antara pembeli dan penjual (sebelum buat keputusan berkaitan harga minyak)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri 'Program Back to School eKasih Langkawi' di Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang di sini, pada Selasa.
Pada Isnin Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel dikekalkan buat masa beberapa hari, sehingga pertimbangan dan persetujuan Jemaah Menteri, yang akan bermesyuarat diperoleh.
Pada masa ini, harga runcit bagi RON95 adalah RM2.20 seliter, RON97 (RM2.50) dan diesel (RM2.18).
Guan Eng berkata, Katanya, ekoran harga minyak mentah global yang lemah ketika ini, mekanisme penetapan mingguan akan lebih menguntungkan rakyat.
Ini kerana harga runcit petrol di pam berpotensi turun sekiranya harga minyak mentah global kekal lemah tahun depan seperti yang dijangka.
#bahan api
#bahan bakar
#harga minyak
#Langkawi
#Lim Guan Eng
#Mahathir Mohamad
#minyak
#Perdana Menteri
#petrol
#RON95
#RON97