Harga emas cecah RM463 segram, tertinggi setakat tahun ini
Sinar Harian
Mac 15, 2025 16:15 MYT
Mac 15, 2025 16:15 MYT
Menerusi semakan di laman web Public Gold, angka itu naik RM2 berbanding Jumaat yang mencatatkan RM461 (segram). -Gambar hiasan/Freepik
SHAH ALAM: Harga emas 999 pada Sabtu merekodkan paras tertinggi setakat tahun ini iaitu RM463 segram.
Ringkasan AI
- Harga emas 999 mencapai paras tertinggi tahun ini pada RM463 segram, naik RM2 berbanding Jumaat.
- Harga emas 916 berada pada RM440 segram, dengan harga terendah tahun ini dicatatkan pada 1 Januari pada RM409 segram.
- Harga emas dunia naik melebihi AS$3,000 seauns (RM427 segram) akibat perang perdagangan dan peningkatan permintaan untuk aset selamat.
Menerusi semakan di laman web Public Gold, angka itu naik RM2 berbanding Jumaat yang mencatatkan RM461 (segram).
Selain itu, harga emas 916 direkodkan berada pada paras RM440 segram.
Sebagai rekod, harga emas pada hari ini adalah tertinggi setakat tahun ini manakala harga terendah direkodkan pada 1 Januari lalu dengan RM409 segram.
Harga yang dilaporkan akan berubah setiap hari bermula jam 12 tengah malam mengikut harga emas dunia.
Sementara itu, harga emas dunia dilaporkan naik melebihi AS$3,000 seauns (RM427 segram) buat pertama kali berikutan perang perdagangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang meningkatkan permintaan untuk aset selamat.
Selain itu, pasaran saham pula dilapor melantun dengan tanda penggubal undang-undang AS akan mengelak penutupan kerajaan.
Indeks utama AS dibuka lebih tinggi dan kekal dalam wilayah positif sepanjang hari, mengenepikan bacaan rendah terhadap sentimen pengguna AS. -Sinar Harian