Harga barang wajar diapung, tapi perlu bersama maklumat yang jelas - Barjoyai

Israr Khalid
Januari 27, 2023 12:30 MYT
PROF BARJOYAI: 'Maklumat tentang barangan seharusnya didedahkan seluasnya kepada pengguna.'
KUALA LUMPUR: Penganalisis ekonomi, Prof Emeritus Barjoyai Bardai melihat bahawa penetapan harga siling dan lantai bagi bahan makanan adalah mekanisme yang tidak cekap yang menyebabkan tergendalaan pasaran.
Beliau berpendapat ia wajar diapungkan, seiring dengannya barangan dipastikan maklumat tentang barangan didedahkan seluasnya kepada pengguna.
Dengan itu, pengguna dapat membuat penilaian dengan lebih baik dan rasional dalam mendapatkan barangan daripada peniaga terbaik, tak kira di mana pun mereka berada.
“Kita mengandaikan sekarang ini jarak dan tempat tidak menjadi satu isu lagi dan Malaysia bukanlah sebuah negara yang besar.
“Kalau 20 tahun lepas di Barat pun sudah cekap sistem penghantarannya, kita di Malaysia patutnya boleh melakukannya dengan lebih baik kerana kita hari ini ada sistem pengangkutan yang lebih baik,” katanya dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
Beliau turut berpendapat dengan kecanggihan sistem komunikasi hari ini juga, boleh membantu membentuk satu sistem perkongsian makanan seluruh negara yang saling memenuhi keperluan penduduknya.
Misalnya bekalan sayur di Pantai Timur yang mungkin terlebih dalam pasaran dan di satu tempat lagi di Lembah Klang tak cukup, sepatutnya kata beliau barangan berkenaan boleh dipindahkan.
“Kita mungkin tak punyai satu sistem logistik yang cekap untuk mengambil kira barang-barang mudah rosak termasuk juga makanan.”
Harga barang wajar diapung, tapi perlu bersama maklumat yang jelas - Prof. Barjoyai
#Dialog Tiga Penjuru
;