Hare Krishnan didakwa bunuh Dhamendran

T K Letchumy Tamboo
Julai 30, 2013 15:23 MYT
Inspektor S. Hare Krishnan
Inspektor S. Hare Krishnan hari ini dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menyebabkan kematian tahanan dalam lokap, N. Dhamendran.
Hare Krishnan, 40, yang menyerahkan diri di Bukit Aman semalam, dituduh di Mahkamah Majistret di sini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tertuduh diwakili tiga peguam iaitu G. Sri Kumar, N. Kalyana Sundram dan S. Kavita manakala peguam Latheefa Koya bertindak sebagai peguam pemerhati bagi isteri mangsa.
Isteri tertuduh, Hare Krishnan menangis di luar mahkamah
Hakim Nur Aminahtul Mardiah Md Noor menetapkan 2 Ogos untuk sebutan kes.
Pada 5 Jun, tiga pegawai polis yang lain, Sjn Jaffri Jaafar, 44, Kpl Mohd Nahar Abd Rahman, 45, and Kpl Mohd Haswadi Zamri Shaari, 32, telah didakwa di bawah seksyen yang sama, menyebabkan kematian Dhamendran.
Semua tertuduh berhadapan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.
Sementara itu di luar mahkamah, peguam Sri Kumar memberitahu pemberita bahawa anak guamnya tidak bersembunyi dan melarikan diri sepertimana yang dilaporkan media sebelum ini.
Isteri Dhamendran, Mary Susay meluahkan rasa tidak puas hati manakala isteri Hare Krishnan tidak dapat menahan sebak di luar mahkamah
Di luar mahkamah isteri Dharmenderan, Mary Susay yang turut hadir melahirkan rasa tidak puas hati kerana tertuduh baru didakwa pada hari ini dan bukannya bersama tiga anggota polis lain pada 5 Jun lepas.
#dhamendran #didakwa #hare krishnan #serah diri
;