"Harap kakak selamat, hentikan sebarang spekulasi" - Adik wanita diculik

Muhafandi Muhamad
September 15, 2022 16:42 MYT
MOHAMED: "Saya merayu rakyat Malaysia sama-sama kita doakan agar keselamatan kakak saya, agar selamat dan cepat dijumpai." - Astro AWANI
TUMPAT: Adik kepada seorang wanita yang dipercayai diculik oleh sekumpulan anggota sindiket pengedaran dadah di di Kampung Semat Jal, Palekbang di sini pada Selasa, mengharapkan kakaknya ditemukan selamat.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai 'Mohamed' berkata keluarganya kini menanti sebarang perkembangan daripada pihak polis dengan harapan kakaknya itu tidak diapa-apakan.
"Kami menunggu apa punca yang terjadi dan apa yang dikatakan netizen itu nyawa kakak saya terancam.
"Kami tak dapat (maklumat) apa-apa, saya merayu rakyat Malaysia sama-sama kita doakan agar keselamatan kakak saya, agar selamat dan cepat dijumpai. Kami sentiasa berdoa dan tunggu panggilan polis. Berhenti buat andaian, kami tunggu setiap saat," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: Punca wanita diculik dipercayai ada kaitan dengan sindiket pengedaran dadah - Polis
Jelasnya lagi, walaupun pelbagai tanggapan serta spekulasi tentang kejadian itu, dia sekeluarga hanya mengharapkan kakaknya pulang dalam keadaan selamat.
Mangsa Culik | ‘Saya harap kakak selamat’ - Adik
Menurut Mohamed lagi dia sempat berselisih dengan kereta yang dipandu individu berkenaan ketika hari kejadian.
Media sebelum ini melaporkan seorang wanita berusia 36 tahun dilarikan empat individu yang menaiki sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna perak.
Insiden berkenaan turut berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup sebelum tular di media sosial.
Video Tular | Polis sahkan terima laporan dakwaan wanita diculik
#wanita diculik #Tumpat #sindiket dadah #video tular
;