Hapus kartel, jawapan untuk turun kos sara hidup - Pakar ekonomi

Israr Khalid
Januari 4, 2023 05:00 MYT
YUSOF: Masalah sudah diketahui, langkah sudah dirangka, tinggal lagi untuk dilaksanakan sampai jaya. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Penganalisis ekonomi, Prof. Madya Mohd Yusof Saari melihat bahawa jawapan kepada masalah kos sara hidup tinggi adalah dengan menghapuskan kartel dalam rantaian bekalan barangan.
Maka tegasnya, usaha kerajaan terdahulu untuk membanterasnya harus diteruskan malah diperhebatkan supaya beban rakyat dapat diringankan tatkala mendepani tempoh resesi mendatang.
“Dahulu kita dah tetapkan apa antara yang perlu dibuat, iaitu memecahkan kartel dalam industri pertanian misalnya, dan adakah perkara itu menjadi perkara yang akan diperkukuhkan dan dilaksanakan betul-betul oleh kerajaan,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Kata beliau, sebenarnya segala masalah sudah dikenalpasti dan dasar serta perancangan sudah ada, tinggal lagi semuanya terletak di tangan kerajaan hari ini untuk menjayakannya.
“Seolah-olah kita dah tahu kereta kita di mana rosaknya, nak hantar ke bengkel mana pun tak ada masalah kerana kita tahu apa masalahnya.
“Sekarang tinggal mahu dibuat atau tidak, tapi kalau kita kata tak payahlah buat dan kita terus gunakan kereta tersebut, itu yang (jahanam kereta pada akhirnya).”
Hapus kartel, jawapan untuk turun kos sara hidup - Pakar ekonomi
#masalah kos sara hidup #Mohd Yusof Saari #kartel #PantauKerajaanBaharu
;