KUANTAN:Lima anak tangga batu berwarna merah bata dan hijau menjadi satu-satunya peninggalan kesan banjir selepas rumah pusaka keluarga seorang pekerja swasta Abdul Daud Muntil di Kampung Ajai, Dong, Raub dihanyutkan arus deras.
Abdul Daud, 56, berkata rumah dua bilik yang diperbuat daripada kayu itu dihanyutkan arus deras kira-kira tiga meter daripada tapak asal sebelum 'tersangkut' di antara pokok buah-buahan yang ditanam di perkarangan belakang.
Beliau yang menetap di Puncak Alam, Selangor berkata rumah pusaka yang menjadi tempat berkumpul mereka lima beradik pada hujung minggu dan hari raya boleh dianggap sebagai total lost kerana semua peralatan di dalamnya rosak serta disaluti lumpur tebal.
"Keadaan dalam rumah seperti kapal karam. Perabot, peti sejuk, mesin basuh dan peralatan lain semuanya berselerak dan ada yang terbalik. Tiada satu pun yang boleh digunakan lagi. Sebak juga lihat rumah peninggalan orang tua jadi begitu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Menurut Abdul Daud, banjir melanda ketika beliau bersama-sama dua anak lelakinya menghabiskan cuti akhir tahun di rumah berkenaan dan hujan berterusan sejak Sabtu menyebabkan halaman rumah mula dinaiki air pada sebelah petang.
Bagaimanapun, berdasarkan pengalaman sebelum ini, Abdul Daud menyangka banjir tidak akan melepasi paras rumah, namun sangkaan itu meleset apabila mereka tiga beranak terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Pia susulan air naik mendadak.
"Pada 9 malam Ahad, jiran yang masih berada di rumah kerana menunggu bot penyelamat menelefon memberitahu melihat rumah saya bergerak sebelum panggilan terputus. Saya cuba menghubunginya lagi namun gagal.
"Saya berjumpanya di pusat pemindahan pada tengah malam dan perkara pertama diberitahu ialah rumah saya hanyut bersama sebuah lagi rumah dalam kampung yang sama. Saya tergamam juga memikirkan betapa kuatnya arus banjir kali ini," katanya.
Abdul Daud berkata buat masa ini, dia bersama-sama adiknya Abdul Raof, 50, yang tinggal berhampiran rumah pusaka itu sedang membersihkan sisa banjir dan mereka bercadang untuk membina pondok sementara sebelum berpakat dengan adik-beradik lain bagi membina rumah baharu di tapak sama.
Katanya, kerja pembersihan dijangka mengambil masa agak lama kerana selain perabot untuk dibuang, mereka perlu berhati-hati bergerak dalam rumah yang 'senget' kerana bimbang ia runtuh.
Sementara itu, seorang manga banjir yang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh di Temerloh berpeluang menyuarakan keresahannya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Perdana Menteri melawat mangsa banjir di pusat itu hari ini.
Sebak dan terharu atas keprihatinan dan belas ihsan Perdana Menteri, Jamaliah Jamaludin, 40, kelihatan bergenang air mata ketika menyuarakan keresahan dialaminya.
"Rumah saya tenggelam dan rosak teruk, banyak barang elektronik hanyut, air banjir pula tidak tahu bila hendak surut jadi tidak pasti bila boleh balik rumah...kita bukannya orang kaya, kita orang susah, tadi PM (Perdana Menteri) pesan pada saya untuk jaga kesihatan diri dan jaga keluarga," katanya yang menetap di Kampung Padang Tenggala.
Nik Hazran Nizam Teh Seman, 49, yang turut disantuni Muhyiddin, melahirkan penghargaan atas keprihatinan kerajaan dalam menyediakan kemudahan penjagaan kesihatan dan memastikan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dipatuhi.
"Kemudahan rawatan Klinik Kesihatan Temerloh dipindahkan dekat sini jadi senang untuk penghuni dirawat dan ambil ubat...keadaan di sini selesa, cukup makan minum semua," katanya yang berkerusi roda selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya hampir dua bulan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 10 2021

Nik Hazran yang turut disantuni Muhyiddin, melahirkan penghargaan atas keprihatinan kerajaan dalam menyediakan kemudahan penjagaan kesihatan dan memastikan SOP COVID-19 dipatuhi. - BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

PDRM siasat pengguna TikTok tawar RM5 juta bunuh PM
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular di media sosial sejak pagi tadi.

Kerajaan salur RM80 juta minggu depan, segerakan pelaksanaan IDN - Anwar
Kerajaan melantik pusat penyelidikan dan pembangunan gunaan nasional, MIMOS Berhad sebagai agensi pelaksana program Identiti Digital Nasional (IDN) dengan peruntukan awal sebanyak RM80 juta.

Komen jelik terhadap PM: Polis nafi anggota terlibat
Polis menafikan anggotanya terlibat dalam satu hantaran jelik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi media sosial pada Isnin.

PM ingatkan syarikat jaga kepentingan bumiputera tidak khianati amanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan syarikat yang menjaga kepentingan bumiputera supaya tidak mengkhianati amanah diletakkan dalam menjaga kepentingan golongan itu.

Gaji graduan turut diberi perhatian dalam mesyuarat minggu hadapan - PM
Mesyuarat pertama bagi mengkaji keseluruhan skim perkhidmatan dan saraan penjawat awam minggu depan akan turut merangkumi perbincangan mengenai gaji graduan.

PM ajak warga Pulau Pinang hadir sesi Temu Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput warga Pulau Pinang untuk hadir ke sesi Temu Anwar yang akan berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM) esok.

AUKU: KPT perhalusi fasal mengenai kebebasan dan autonomi pelajar - Khaled Nordin
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang mengkaji secara mendalam berkenaan pindaan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Malaysia-Filipina: Prospek hubungan pendidikan dua negara boleh dikembangkan - Penganalisis
Prospek hubungan pendidikan di antara Malaysia dan Filipina boleh dikembangkan sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dua hari ke negara itu.

Pemikiran dan idealisme anak muda perlu diberi perhatian - PM Ismail Sabri
Pemikiran dan idea golongan muda di negara ini perlu diberikan ruang dalam proses libat urus dalam membangunkan negara.

Bajet 2023 rangkumi kepentingan semua segmen masyarakat - PM Ismail Sabri
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa Bajet 2023 dijangka merangkumi kepentingan semua lapisan masyarakat di negara ini.