Hanya tambah nilai prabayar RM50 dibenarkan di tol Jambatan Pulau Pinang
Astro Awani
Oktober 15, 2015 12:14 MYT
Oktober 15, 2015 12:14 MYT
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengesahkan hanya urusan tambah nilai minimum RM50 boleh dibuat di lorong tambah nilai di Jambatan Pulau Pinang.
PLUS dalam satu kenyataan Khamis berkata syarikat itu mengambil langkah ini setelah kajian di adakan terhadap lorong Tambah Nilau di Jambatan Pulau Pinang mendapati, lorong-lorong tambah nilai tersebut sering sesak dan menggangu kelancaran lorong-lorong elektronik yang lain.
Langkah ini perlu bagi mengurangkan kekerapan orang ramai membuat urusan tambah nilai di lorong tambah nilai di Jambatan Pulau Pinang.”
Walau bagaimanapun, pelaksanaan ini dikecualikan di lorong tambah nilai motosikal yang sedia ada di mana mereka masih boleh membuat urusan tambah nilai serendah RM5.
Orang ramai juga masih boleh menambah nilai RM10 dan tanpa caj di Pusat Khidmat Pelanggan PLUS di pejabat Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Juru, Sungai Dua (Lebuhraya Utara-Selatan) dan di Plaza Tol Kubang Semang (Lebuhraya Butterworth-Kulim, BKE).
“Selain di lorong Tambah Nilai di Jambatan Pulau Pinang, orang ramai juga boleh menambah nilai kad elektronik mereka di 580 lokasi tambah nilai di sekitar Pulau Pinang termasuklah di mesin-mesin ATM, stesen-stesen minyak, kedai-kedai serbaneka 24 jam dan beberapa pasaraya terpilih,” jelas Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Hj Abd Hamid.
Terdahulu, PLUS telah melaksanakan kutipan tol secara elektronik sepenuhnya di lima buah plaza tol di utara iaitu di Plaza Tol di Jambatan Pulau Pinang, Bukit Kayu Hitam, JItra, Kubang Semang dan Lunas bermula 9 September lalu.
#Jambatan Pulau Pinang
#Lebuhraya Butterworth-Kulim
#Lebuhraya Utara-Selatan
#PLUS
#Pusat Khidmat Pelanggan PLUS
#tol