Hanya perkhidmatan klinik pakar bidang perubatan am ditangguh - Hospital Sarikei

Bernama
Januari 28, 2021 06:14 MYT
Hospital Sarikei pada Khamis menjelaskan bahawa hanya perkhidmatan di klinik pakar bidang perubatan am yang akan ditangguh buat sementara waktu. -Bernama
SIBU: Hospital Sarikei pada Khamis menjelaskan bahawa hanya perkhidmatan di klinik pakar bidang perubatan am yang akan ditangguh buat sementara waktu manakala perkhidmatan pakar bidang lain masih beroperasi seperti biasa.
Kenyataan yang dikeluarkan lewat petang semalam itu memaklumkan penjelasan tersebut dibuat untuk memberi pencerahan kepada orang ramai berikutan pengumuman Penutupan Klinik Perubatan Pesakit Luar di Klinik Pakar Hospital Sarikei yang tular di media sosial.
"Bagi janji temu pesakit yang terjejas susulan daripada keputusan ini, pihak pengurusan Klinik Pakar akan menghubungi pesakit yang berkenaan bagi tujuan penjadualan semula janji temu dan bekalan ubat.
"Pihak pengurusan Hospital Sarikei memohon maaf di atas kekeliruan tersebut. Segala kesulitan amat dikesali," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyatakan sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dan pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Hospital Sarikei di talian 084-653 333 sambungan 1080 atau WhatsApp ke talian 019-9279 281.
-- BERNAMA
#Hospital Sarikei #klinik pakar #bidang perubatan am #Penutupan Klinik Perubatan Pesakit Luar #perkhidmatan pakar
;