Hanya jual laksa, Makcik Salmah berjaya buka peluang pekerjaan

Harits Asyraf Hasnan
April 19, 2018 07:00 MYT
Salmah pada peringkat awalnya berasa gusar untuk mengambil pekerja kerana tiada modal mencukupi terutama untuk menampung upah pekerja. - Astro AWANI / HARITS ASYRAF HASNAN
Siapa sangka, daripada hanya berniaga kecil-kecilan menjual laksa Kedah bersama suami, kini Salmah Murad berjaya memperluaskan perniagaannya.
Bukan itu sahaja, dia turut membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dalam mengusahakan Laksa Kedah Padang Polo, antara gerai berkonsep 'food truck' yang menjadi tumpuan warga Ipoh di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz.
Jelasnya, bantuan pinjaman menerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah banyak membantunya dalam mengembangkan perniagaan yang dimulakan sejak 18 tahun lalu itu.
"Mula-mula makcik meniaga bersama dengan suami dan anak, itu pun secara kecil-kecilan. Kami sahaja yang meniaga, dan tidak ada lagi pekerja pada masa itu.
"Pakcik (suami) akan buat kuah laksa, makcik meniaga, anak makcik tolong. Sekarang apabila makcik kenal dengan AIM, makcik telah buat pinjaman dan kembangkan perniagaan dekat Padang Polo.
"Sekarang ini di Padang Polo sahaja ada enam pekerja, di rumah ada dua pekerja dan di Station 18, ada tiga orang pekerja," ujarnya ketika ditemui Astro AWANI di sini.

#MalaysiaMemilih #IniKisahKita Daripada hanya menjual laksa bersama suami, kini menerusi #AmanahIkhtiarMalaysia #AIM Puan Salmah dapat mengembangkan perniagaan Laksa Kedah Padang Polo di #Ipoh, sekaligus mencipta peluang pekerjaan @501Awani pic.twitter.com/mqtecRyeVx

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) April 19, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jelasnya, beliau gusar untuk mengambil pekerja di peringkat awal dek kerana tiada modal mencukupi terutama untuk menampung upah pekerja.
"Apabila makcik nak mencari pekerja, mestilah kena bayar upah. Setelah makcik buat pinjaman dengan AIM, perniagaan makcik pun berkembang dan boleh ambil pekerja.
"Jadi bila ada pekerja, kerja kita jadi ringan, makcik boleh tambah menu. Kalau dulu cuma laksa sahaja, sekarang makcik boleh buat air, keropok lekor, sementara anak makcik tambah menu bihun sup dan cendol," ujarnya.

#MalaysiaMemilih #IniKisahKita Bangga dengan pengusaha bumiputera seperti Puan Salmah ni. 18 tahun dulu hanya 1 food truck dan jual laksa sahaja. Sekarang? Macam-macam ada...... Air minuman, keropok lekor, bihun sup, cendol. Tahniah! @501Awani pic.twitter.com/lXW78gcUwh

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) April 19, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, anak Salmah, Muhammad Hishamuddin Mohd Aminuddin yang merupakan lepasan ijazah jurusan pengurusan kewangan daripada sebuah universiti awam turut memilih untuk mengembangkan perniagaan ibunya.
"Sebenarnya saya pernah kerja sebagai kerani di sebuah bank di Pulau Pinang selama setahun, tetapi memandangkan kos sara hidup agak tinggi, jawatan saya pula hanya sebagai kerani, jadi saya memilih untuk kembali ke Ipoh dan tolong emak saya.
"Pada masa sekarang saya memang buka gerai biasa sahaja, tetapi pelan masa depan saya adalah untuk membuka restoran, iaitu dengan mempunyai kedai sendiri, mempunyai pekerja dan mampu memberi caruman kepada pekerja selain menambah pelbagai jenis menu di restoran," katanya.

#MalaysiaMemilih #IniKisahKita Pemegang ijazah pengurusan kewangan, Hisham pernah bekerja dlm bidang berkaitan jurusan yg dipelajarinya. Namun, kos sara hidup yg tinggi di #PulauPinang, memaksa dia balik ke #Ipoh dan mengembangkan perniagaan Laksa Kedah Padang Polo @501Awani pic.twitter.com/Oz2odVvJXk

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) April 19, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Di Perak, terdapat seramai 14,440 peserta AIM dengan peruntukan sebanyak RM120 juta di mana di Ipoh sahaja terdapat 1,735 peserta dengan penerimaan pinjaman berjumlah RM12,977,500.
Malah, AIM cawangan Ipoh merekodkan kadar bayaran balik 100 peratus hasil pinjaman daripada pengusaha makanan, pakaian, perkhidmatan, agensi pelancongan dan perniagaan dalam talian.
#Amanah Ikhtiar Malaysia #anak muda #IniKisahKita #Ipoh #laksa Kedah #MalaysiaMemilih #padang polo #pekerjaan #peluang pekerjaan #PKS #Salmah Murad #usahawan
;