Hanya dua sekolah rendah di Terengganu ditutup esok
Bernama
Januari 8, 2017 23:14 MYT
Januari 8, 2017 23:14 MYT
Hanya dua sekolah rendah akan ditutup esok ekoran dijadikan pusat pemindahan sementara mangsa banjir, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Shafruddin Ali Hussin.
Katanya sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Guntong dan SK Kampung Gemuroh, kedua-duanya di Kuala Nerus.
"Penutupan dua sekolah itu melibatkan 765 murid, 66 guru dan 12 kakitangan lain," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. -- BERNAMA