Hanya dua individu ingkar SOP, ini lima perkara penting kenyataan Ismail Sabri

Astro Awani
April 1, 2021 18:09 MYT
Ismail berkata, dua individu berkenaan dikompaun atas kesalahan rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Hanya dua individu ditahan dan dikompaun kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dua individu berkenaan dikompaun atas kesalahan rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran.
Berikut lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri pada Khamis;
1. Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Rimbayan, Keningau, Sabah dan Kampung Simpang 3A, Merotai Besar, Tawau, Sabah bermula 2 sehingga 15 April 2021.
2. Operasi Benteng telah menangkap 50 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas dua buah bot serta lima kenderaan barat.
3. Sebanyak 88 operasi sanitasi dilakukan meliputi 19 zon merah, enam zon jingga, 11 zon kuning dan lima zon hijau di seluruh negara.
4. Seramai 638 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.
5. Seramai 2,950 warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 pada Khamis dan daripada jumlah itu, 43 didapati positif.
#SOP #COVID-19 #PKPP #rentas negeri #PKPD #operasi #perintah kawalan pergerakan #PKPB #ismail sabri yaakob #ujian saringan
;