Hanya 9 ditahan ingkar PKP, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri

Astro Awani
Mac 31, 2021 19:10 MYT
Kata Ismail, operasi Benteng telah menangkap 19 orang PATI dan mengesan 117 buah bot atau kapal di perairan negara melalui tujuh aktiviti penglihatan. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sembilan individu ditahan dan dikompaun atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan ingkar SOP adalah membabitkan tujuh aktiviti pusat hiburan dan tiada penjarakan fizikal (dua).
Berikut lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri pada Rabu;
1. PKP Diperketatkan (PKPD) di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka yang dijadualkan tamat pada 2 April dilanjutkan sehingga 16 April 2021.
2. Pelanjutan PKPD di Kilang YTY dan asrama pekerja, Lekir, Sitiawan, Perak bermula 2 sehingga 15 April
2021.
3. PKPD di Kampung Ranggu Batu 10, Mukim Balung, Fasa 2 Taman Semarak dan Kampung Baru Pasir Putih, Mukim Sri Tanjung, Tawau, Sabah bermula 1 April hingga 14 April 2021.
4. Operasi Benteng telah menangkap 19 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan mengesan 117 buah bot atau kapal di perairan negara melalui tujuh aktiviti penglihatan.
5. Sebanyak 73 operasi sanitasi dilakukan meliputi 21 zon merah, empat zon jingga, 20 zon kuning dan tiga zon hijau di seluruh negara.
#SOP #PKPP #PKPD #PKPB #PKP #bot #pati #hiburan
;