Hanya 56 peratus pekerja ada perlindungan KWSP, Skim Pencen Perkhidmatan Awam
Umavathi Ramayah
Mei 8, 2023 10:48 MYT
Mei 8, 2023 10:48 MYT
SHAH ALAM: Hanya 56 peratus daripada 16.7 juta tenaga kerja tempatan mendapat perlindungan di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Skim Pencen Perkhidmatan Awam.
Pengerusinya, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, kadar itu adalah rendah berbanding kadar purata liputan global yang berada di 68 peratus.
"Majoriti tenaga buruh yang tidak dilindungi ini adalah tenaga pekerja tidak formal termasuk pekerja bebas dan mereka yang bekerja sendiri," katanya ketika berucap pada majlis perasmian ibu pejabat KWSP di Kwasa Damansara, di sini
BERITA LANJUT MENYUSUL...