Hanya 4 peratus kenderaan di Malaysia dilindungi insurans banjir
Shafizan Johari
November 9, 2017 07:00 MYT
November 9, 2017 07:00 MYT
Jumlah pemilik kenderaan di negara ini yang memilih untuk mendapatkan perlindungan insurans kenderaan daripada banjir didapati masih ditahap amat rendah.
Menurut data yang dikongsikan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), ia menunjukkan hanya dua ke empat peratus pemilik kenderaan memilih untuk melindungi kenderaan mereka daripada banjir.
Data berkenaan merupakan hasil tinjauan terhadap dua penyedia insurans motor terbesar Malaysia.
“Ramai pemilik kenderaan berpendapat mereka tidak akan mengalami musibah bencana dan boleh mengurangkan kos dengan mengelak membeli polisi ini.
"Malangnya mereka hanya sedar kepentingan untuk mendapatkan polisi (perlindungan banjir) apabila sudah terkena musibah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PIAM, Mark Lim.
Sementara itu statistik industri juga menunjukkan hanya 32 peratus pemilik rumah yang mendapatkan polisi perlindungan banjir.
Beliau juga mendedahkan, berdasarkan insiden banjir yang semakin kerap, pemain industri kini sedang mempertimbangkan untuk menjadikan perlindungan banjir untuk kenderaan dan rumah sebagai standard.
Kerugian akibat banjir dianggar melebihi berbilion ringgit.
Contohnya, banjir besar Kelantan pada 2015 menyebabkan kerugian sekurang-kurangnya RM1 bilion.
Sementara banjir di Pulau Pinang pada awal bulan ini dianggarkan menyebabkan kerugian lebih RM300 juta kepada sektor industri.
#banjir
#DAP
#flood
#insurans
#Lim Guan Eng
#perlindungan
#Persatuan Insurans Am Malaysia
#PIAM
#pulau pinang
#rakyat
#rakyat Malaysia
#rumah
#takaful