Hamza: Penumpang trak yang terkorban
Hasbullah Awang Chik
Mac 13, 2013 12:58 MYT
Mac 13, 2013 12:58 MYT
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib menegaskan anggota tentera yang terkorban dalam kemalangan di kilometer 37 Jalan Lahad Datu Tengku pagi semalam bukanlah pemandu trak tetapi penumpang.
Beliau dalam sidang media yang diadakan pagi tadi berkata kemalangan itu berlaku pada jam 7.30 pagi melibatkan seorang pemandu dan penumpang. Kedua-dua mereka yang terlibat telah diarahkan untuk memberikan bantuan dalam Ops Daulat.
"Penumpang lori terbunuh dan pemandu cedera," jelas Hamza.
Kemalangan itu kini disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 41(1) 1987.
Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi menyatakan yang Allahyarham Prebet Ahmad Farhan Ruslan, 21 dinaikkan ke pangkat koperal bersama Prebet Ahmad Hurairah Ismail yang terbunuh dalam pertempuran menentang pengganas Sulu semalam.