Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) berkata 47 daripada 50 rakyat Malaysia dalam pesawat malang MH370, memiliki polisi insurans.
Ia meliputi 38 penumpang dan 12 anak kapal, dengan polisi insurans hayat dari 14 syarikat di Malaysia.
Presiden LIAM Vincent Kwo berkata kira-kira enam rakyat asing turut diinsuranskan dengan syarikat anggota LIAM.
"Anggota keluarga atau waris pemegang polisi boleh menghubungi LIAM di 03-26916628 atau e-mel liaminfo@liam.org.my, jika mereka mahu mengetahui syarikat insurans yang melindungi orang kesayangan mereka," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu dalam kenyataan berasingan, AIA Bhd berkata ia akan menghubungi keluarga pemegang polisi.
"Kami memberi jaminan kepada keluarga terbabit bahawa kami akan menghubungi mereka untuk menyegerakan proses tuntutan insurans hayat dalam tempoh 24 jam akan datang.
"Waris juga boleh menghubungi 1300-88-8860/70 untuk bantuan atau e-mel members@aia.com," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Bill Lisle.
Malam tadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370, yang hilang semasa merentasi Laut China Selatan ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, "berakhir di selatan Lautan Hindi".
Pesawat Boeing 777-200ER, dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Ia dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi (waktu Malaysia) pada hari sama.
Bernama
Tue Mar 25 2014
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Thailand perkenal perlindungan insurans untuk galak sektor pelancongan
Jika berlaku kematian, kerajaan akan membayar pampasan sehingga 1 juta baht, tertakluk kepada peraturan dan undang-undang Thailand.
Takaful Malaysia perkenal Kad Perubatan Digital Kaotim
Takaful Malaysia melancarkan platform digital Kaotim dalam usaha menawarkan pengalaman lebih mesra pelanggan dan selamat pada Rabu.
Sun Life Malaysia rai ulang tahun sedekad dengan kempen '10 Years Brighter'
10 tahun memperkasa rakyat Malaysia penyelesaian insurans hayat dan takaful keluarga yang inovatif dan patuh Syariah.
Satu daripada dua rakyat Malaysia tidak mempunyai insurans, Takaful bagi kediaman
Dengan situasi berdepan banjir setiap tahun, kita perlu bimbang dengan keadaan aset yang tidak dilindungi.
Shahanim sumbang insurans bernilai RM100,000 kepada 100 penghantar makanan
Inisiatif ini merupakan langkah awal dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perlindungan insurans dalam kalangan masyarakat Sungai Petani.
Penerima BKM boleh tebus RM75 Baucar Perlindungan Tenang dengan RM5
Persatuan industri insurans menasihatkan semua penerima BKM supaya memastikan mereka mengetahui kelayakan mereka dengan menyemak portal MyPTV.
Eksekutif syarikat rugi lebih RM300,000 diperdaya Macau Scam
Mangsa mendakwa terima panggilan daripada pihak insurans yang memaklumkan dirinya ada membuat pengeluaran wang insurans sebanyak empat kali.
SOP baharu umrah telah siap - Nancy
Antara yang diperhalusi ialah masalah kuarantin dan insurans perlindungan jemaah umrah sekembalinya ke tanah air.
Macau Scam: Pesara awam rugi lebih RM1.6 juta
Seorang wanita yang merupakan pesara awam di Sibu kerugian lebih RM1.63 juta akibat sindiket 'Macau Scam' dalam tempoh dua bulan ini.
Reformasi, tambah baik aspek pembiayaan penjagaan kesihatan - Nadiah Wan
Penambahbaikan serta reformasi pada aspek pembiayaan penjagaan kesihatan perlu diletakkan sebagai keutamaan.