Hampir keseluruhan negara berdepan dengan ribut petir sepanjang minggu ini - METMalaysia

Raja Hisyam Raja Zaid
Ogos 31, 2022 16:32 MYT
METMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir membabitkan beberapa buah negeri hari ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Hampir keseluruhan kawasan di negara ini dijangka akan berdepan dengan keadaan hujan lebat dan ribut petir bagi tempoh sepanjang minggu ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) yang dihubungi menjelaskan keadaan itu diramalkan akan membabitkan kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia serta beberapa kawasan lain.
"Tiupan angin barat daya mula mendominasi rantau negara. Sehubungan dengan itu, keadaan cuaca ribut petir dijangka berlaku di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia, utara Sarawak dan barat Sabah pada sebelah pagi.
"Manakala pada sebelah petang pula ribut petir dijangka berlaku di pedalaman dan pantai timur Semenanjung Malaysia, pedalaman Sarawak dan timur Sabah," jelas METMalaysia dalam kenyataanya kepada Astro AWANI.
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terbaharu juga telah dikeluarkan hari ini membabitkan beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.
#hujan lebat #ribut #petir #MetMalaysia
;