KUALA LUMPUR: Hampir 800,000 cubaan serangan siber dicatatkan dari 2017 hingga 2021 berdasarkan statistik Cyber Security Malaysia (CSM).
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata cubaan serangan siber semakin berleluasa di negara ini dan ia merupakan situasi yang membimbangkan kerana melibatkan kerugian kepada negara.
"Manakala pada Januari dan Februari tahun ini, setiap bulan berkenaan kita terima lebih 1,700 kes aduan panggilan scammer dan menurut Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) ia melibatkan kerugian RM27 juta.
"Oleh sebab itu, kita nampak satu peningkatan peruntukan kepada CSM ini daripada RM9 juta pada 2022 kepada RM23 juta tahun ini dan RM10 juta kepada NSRC," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Dalam pada itu, Teo berkata Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memohon lebih banyak peruntukan diberikan bagi Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) sebagai usaha kerajaan menarik pelabur dalam menjalankan aktiviti perfileman di negara ini.
Beliau berkata ini kerana peruntukan yang disediakan tahun ini lebih rendah iaitu sebanyak RM25 juta berbanding bayaran komitmen pada tahun ini iaitu berjumlah RM75.5 juta merangkumi 39 projek.
Sementara itu, Teo menegaskan KKD tidak terlibat dengan penutupan siaran langsung perbahasan Tan Sri Shahidan Kassim (PN-Arau) di aplikasi TikTok semalam.
Teo menyifatkan kenyataan Shahidan berkenaan perkara itu adalah tidak bertanggungjawab.
"KKD tidak terlibat...TikTok bukan syarikat yang ditubuhkan di Malaysia atau di bawah KKD dan ia tak akan dengar arahan KKD begitu sahaja," katanya.
Shahidan kemudian bangun menjelaskan beliau tidak menuduh sebaliknya sekadar meminta penjelasan daripada kementerian itu.
Dewan Rakyat kemudian meluluskan peruntukan berjumlah RM991.4 juta bagi kementerian itu dalam Belanjawan 2023 di peringkat jawatankuasa melalui undian suara majoriti.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 23 2023
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata cubaan serangan siber semakin berleluasa di negara ini dan ia merupakan situasi yang membimbangkan kerana melibatkan kerugian kepada negara. - Foto BERNAMA
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
MCMC turun 8,756 kandungan berkaitan buli siber tahun lepas - Teo
MCMC menurunkan sebanyak 8,756 kandungan berkaitan buli siber sepanjang tahun lepas.
IRC 2025 tekankan inovasi, kawal selia dalam era digital
IRC 2025 telah membuktikan bahawa kerjasama mampu menjadi pemangkin penciptaan masa depan yang selamat, inklusif dan mampan.
JENDELA fasa dua dijangka dimulakan tahun ini - Teo
Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa kedua dijangka dimulakan tahun ini.
100 penggiat industri disasar terima sumbangan Ziarah MADANI@Finas
Sehingga kini, 48 penggiat industri menerima bantuan Ziarah Seni MADANI@Finas yang bertujuan meringankan beban warga seni yang memerlukan.
Penyedia media sosial diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata tarikh akhir mengemukakan permohonan adalah sebelum atau pada 31 Dis.
Tujuh lagi NADI akan beroperasi di Sabah tahun depan - Teo
Tujuh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan mula beroperasi di Sabah pada tahun depan, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Bacaan kali kedua RUU Majlis Media Malaysia dijangka Februari 2025
Ia membuktikan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan industri media melalui sokongan terhadap standard kewartawanan dan profesionalisme.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
446 tapak stesen pemancar komunikasi diperkasakan seluruh negara
Sebanyak 446 tapak stesen pemancar komunikasi telah diperkasakan (hardened) di seluruh negara oleh syarikat telekomunikasi di lokasi dikenal pasti berisiko tinggi dinaiki air.
Kementerian Komunikasi pastikan rakyat nikmati impak peruntukan RM2.55 bilion
Kementerian Komunikasi akan menggerakkan semua agensi di bawahnya untuk memastikan peruntukan sebanyak RM2.55 bilion dalam Belanjawan 2025 dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.