SHAH ALAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengenal pasti sebanyak 789 premis atau 47 peratus dari keseluruhan jumlah bangunan di negeri tersebut tidak mempunyai Sijil Perakuan Bomba (FC).
Pengarahnya Datuk Norazam Khamis berkata jumlah bangunan di negeri itu yang tidak memiliki FC merangkumi 394 kilang; bangunan pejabat (129); gudang (117); dan kedai seperti pasar raya, kedai runcit serta pusat beli-belah (67).
Selain itu, sebanyak 37 hotel didapati tidak mempunyai FC, diikuti dengan bangunan asrama (22), hospital serta rumah rawatan (17), tempat berhimpun seperti dewan serbaguna dan rumah kelab (lima) dan sebuah perpustakaan.
Menurutnya pemilik premis perlu peka terhadap undang-undang sedia ada yang mewajibkan premis berkenaan memiliki FC mengikut Akta Perkhidmatan Bomba (Akta 341).
"Pemilik premis perlu mempunyai sijil tersebut untuk mengesahkan bahawa sistem keselamatan kebakaran di premis mereka berfungsi dengan baik dan boleh mengesan, memberi amaran serta dalam sesetengah keadaan, ia boleh memadam kebakaran secara automatik," katanya kepada Bernama.
Norazam berkata antara alasan yang diberikan oleh pemilik premis yang tidak mempunyai FC adalah tidak mengetahui keperluan memiliki sijil berkenaan dan tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk menyelenggara sistem pemasangan keselamatan kebakaran.
Justeru, Norazam menasihatkan para pemilik bangunan yang masih tidak mempunyai FC untuk mendapatkan sijil tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang dan pihak yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.
"Sebenarnya kita juga memberi tempoh 30 hari sebagai peringatan kepada premis yang baru dikenal pasti untuk memohon FC sebagai tempoh penyediaan dokumen terlibat untuk dihantar ke JBPM.
"Perlu diingatkan juga, selepas premis terbabit disabitkan kesalahan dan dikenakan denda, ia tidak berakhir begitu saja, pihak JBPM akan terus memberi peringatan untuk memohon FC sehingga mereka mempunyai sijil itu dan dalam tempoh itu, denda akan dikenakan berulang kali kepada pihak berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 16 2022
![Hampir 50 peratus bangunan di Selangor tidak mempunyai Sijil Perakuan Bomba Hampir 50 peratus bangunan di Selangor tidak mempunyai Sijil Perakuan Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652416041_NorazamKhamis.jpg)
Norazam berkata antara alasan yang diberikan oleh pemilik premis yang tidak mempunyai FC adalah tidak mengetahui keperluan memiliki sijil berkenaan. - Foto fail/BERNAMA
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
![SPRM reman ketua balai bomba di Perlis berhubung tuntutan palsu SPRM reman ketua balai bomba di Perlis berhubung tuntutan palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739256133_SPRM.jpg)
SPRM reman ketua balai bomba di Perlis berhubung tuntutan palsu
Seorang ketua balai bomba di Perlis direman enam hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu.
![Lima rumah, empat motosikal musnah dijilat api di Manjoi Lima rumah, empat motosikal musnah dijilat api di Manjoi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739136954_kebakaranlimaruma.jpg)
Lima rumah, empat motosikal musnah dijilat api di Manjoi
Sebanyak lima buah rumah hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran di Jalan Budiman, Kampung Tengku Hussein Baru.
![Sebuah MPV, motosikal musnah dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Klang Sebuah MPV, motosikal musnah dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Klang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738941778_KeretaTerbakarVel.jpg)
Sebuah MPV, motosikal musnah dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Klang
Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dan motosikal Honda Dash musnah dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tengku Badrishah di Taman Klang Ria, Klang, petang semalam.
![Sebuah rumah, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Hulu Besut Sebuah rumah, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Hulu Besut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738549635_TBkebakaran.jpg)
Sebuah rumah, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Hulu Besut
Sebuah rumah dan tujuh kenderaan termasuk lima motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Gong Duek di Hulu Besut.
![Ancaman buaya cabaran laksana operasi bantu mangsa banjir di Sabah Ancaman buaya cabaran laksana operasi bantu mangsa banjir di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683096203_Buaya.jpg)
Ancaman buaya cabaran laksana operasi bantu mangsa banjir di Sabah
Ancaman buaya menjadi antara cabaran besar buat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dan anggota penyelamat lain di daerah ini dalam membantu mangsa banjir di kawasan terjejas.
![Di mana Muhammad Khairul? Di mana Muhammad Khairul?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81738250259_TBKhairul.jpg)
Di mana Muhammad Khairul?
Polis minta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad Khairul Naeim Che Deraman, 29, yang dilaporkan hilang sejak Rabu.
![Gempa bumi di Timur Indonesia, turut dirasai di Sabah Gempa bumi di Timur Indonesia, turut dirasai di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714288545_GempaBumiGeneric.jpg)
Gempa bumi di Timur Indonesia, turut dirasai di Sabah
Gempa bumi sederhana berukuran magnitud 5.9 dilaporkan berlaku di Semenanjung Minahassa, Indonesia pada 10.53 malam ini dengan gegaran turut dirasai di sekitar Semporna,Tawau, dan Lahad Datu, Sabah.
![Tahun Baharu Cina: JBPM Kelantan kenal pasti 19 lokasi kerap kemalangan Tahun Baharu Cina: JBPM Kelantan kenal pasti 19 lokasi kerap kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737988042_TBbomba.jpg)
Tahun Baharu Cina: JBPM Kelantan kenal pasti 19 lokasi kerap kemalangan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengenal pasti 19 lokasi berisiko berlaku kemalangan jalan raya ketika cuti Tahun Baharu Cina ini.
![Jumlah kerugian akibat kebakaran di Melaka berkurang tahun lepas Jumlah kerugian akibat kebakaran di Melaka berkurang tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736288642_bombalogo.jpg)
Jumlah kerugian akibat kebakaran di Melaka berkurang tahun lepas
Nilai kerugian akibat kebakaran di Melaka sepanjang tahun lepas mencatatkan penurunan kepada RM25.7 juta.
![12 buah motosikal musnah terbakar di Parit 12 buah motosikal musnah terbakar di Parit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737939460_motosikalmusnahter.jpg)
12 buah motosikal musnah terbakar di Parit
Kejadian pada jam 3.39 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.