Hampir 30 nelayan di Kampung Orang Asli Sayong Pinang di sini mendakwa hilang punca rezeki selepas Sungai Johor yang menjadi tempat mereka menangkap ikan dikatakan tercemar akibat pelepasan sisa toksik serta minyak dari kilang yang beroperasi berdekatan sungai itu.
Seorang daripada mereka, Amat Royut, 74, berkata pencemaran itu disedari apabila beratus-ratus ikan didapati mati terdampar di beting pasir dan tebing sungai terbabit pada awal pagi semalam.
"Kami menyedarinya ketika hendak turun ke sungai. Ini juga bukan kejadian pertama tetapi berlaku hampir setiap tahun.
"Jika berterusan, ikan akan pupus dan mengambil sekurang-kurangnya empat atau lima bulan untuk pulih sedangkan pendapatan kami banyak bergantung kepada hasil tangkapan ikan dan udang di sungai ini," katanya yang ditemui, di sini hari ini.
Anaknya, Azamain, 37, pula berkata dia kini terpaksa melakukan kerja-kerja lain bagi menampung kehidupan keluarganya.
"Sebelum ini, saya mampu meraih antara RM40 hingga RM60 sehari hasil tangkapan di sungai berkenaan," katanya.
Azamain berkata mereka mahu pihak berkuasa menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan sewajarnya.
Masalah yang dialami nelayan terbabit mendapat perhatian pegawai dari Pejabat Perikanan Kota Tinggi, Norazli Hairudin yang turun padang hari ini untuk meninjau sendiri lokasi pencemaran.
Beliau berkata pihaknya akan mengambil beberapa ekor ikan yang mati terbabit untuk dianalisis di makmal sebelum tindakan lanjut dapat dilaksanakan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2017
Beberapa orang nelayan memunggut ikan yang telah mati dipercayai berpunca daripada pelepasan sisa toksik dan bahan kimia daripada kilang-kilang yang beroperasi di sepanjang Sungai Johor. - Bernama
Gencatan senjata hanya lemahkan Israel - Gantz
Pengunduran tentera Israel menerusi perjanjian seperti itu hanya memberi ruang kepada Hezbollah untuk kembali mengatur strategi ketenteraannya, dakwa Gantz.
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
Stok bekalan ikan mencukupi tampung keperluan musim Monsun Timur Laut
Setakat ini sebanyak 1,600 tan metrik ikan sejuk beku dalam simpanan stok penimbal bagi menampung keperluan pada musim berkenaan.
Ikan, ketam kena ujian calitan COVID-19 di Xiamen
Walaupun mungkin kelihatan luar biasa tetapi ia bukan kali pertama ikan hidup telah diuji untuk COVID-19.
Pemancing lawan buaya kerana ikan
Kejadian berlaku apabila pemancing tersebut berjaya menangkap ikan tersebut dengan menggunakan pancingnya di tepi sebatang sungai.
Ikan berbentuk seperti torpedo di California
Kelibat ikan itu dirakamkan menerusi rakaman video pada kedalaman 300 meter di teluk tersebut.
Sungai Ranggon tercemar, puluhan ikan dan udang ditemui mati
Penduduk kampung terutama nelayan sungai di kawasan itu meminta pihak berwajib mengatasi masalah yang dihadapi sejak seminggu lalu.
Pengusaha lelong ikan air tawar elak kerugian akibat banjir
Kesemua ikan berkenaan berjaya dijual dalam tempoh kurang 24 jam menerusi penggunaan media sosial.
Kenderaan ROV temui ikan kepala lut sinar
Ikan itu mempunyai dua lekukan kecil di belakang mulut.
Pemancing tangkap ikan bertaring di AS
Mike Powel menangkap hidupan laut yang dikenali sebagai ikan berkepala ular atau 'frankenfish" di tasik.
Mampu capai usia sehingga 400 tahun, kenali Greenland Shark
Jerung Greenland adalah haiwan vertebrata yang mempunyai jangka hayat paling lama, malah mampu mencecah 400 tahun.
Trend pendaratan ikan tunjuk tanda pemulihan - Jabatan Perikanan
Antara langkah yang telah diambil ialah pindaan Akta Perikanan 1985 dan pengezonan semula kawasan penangkapan ikan.