Hampir 100 penduduk tinggal sehelai sepinggang

Ruzaini Zulkepli
Mei 3, 2018 15:06 MYT
Sejumlah 30 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Panji, Semporna malam tadi. - Foto Ihsan Pembaca
Lebih 100 penghuni tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di perkampungan atas air di Kampung Panji, di sini musnah dalam kebakaran, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 malam itu, sebantak 30 buah rumah atas air yang diperbuat daripada kayu musnah 100 peratus.
Difahamkan, kesemua penghuni yang terjejas juga gagal menyelamatkan barangan masing-masing.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khairul Azuwan Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.48 malam Rabu sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi untuk operasi memadam kebakaran.
"Dua buah jentera dengan kekuatan seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna digegaskan ke lokasi kebakaran sebaik sahaja menerima panggilan orang awam.
"Berdasarkan maklumat awal, kejadian ini membabitkan 30 buah rumah penduduk yang musnah akibat kebakaran berkenaan dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 2.48 pagi tadi," katanya.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan punca serta jumlah kerugian masih disiasat.
#atas air #fire #Kampung Panji #kebakaran #Khairul Azuwan Ibrahim #Semporna
;