Hampir 10 tahun jadi PM, Najib masih tak faham proses jual beli - SUA

Kenyataan Media
Mac 11, 2019 16:28 MYT
Najib masih lagi bising mengenai isu penjualan Hotel Royal Chulan Bukit Bintang walau penjelasan sudah diberikan, kata Amin Shah. -Foto www.royale-chulan.com
BERIKUT kenyataan media oleh Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pertahanan, Amin Shah Iskandar berhubung isu penjualan Hotel Royal Chulan Bukit Bintang.

Bekas perdana menteri dan menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak masih lagi bising mengenai isu penjualan Hotel Royal Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings walaupun penjelasan demi penjelasan sudah diberikan.
Najib yang sedang berdepan dengan pelbagai tuduhan rasuah semasa menjadi perdana menteri dan menteri kewangan itu berhujah "deposit" sudah pun dibayar oleh syarikat milik Singapura itu.
Mungkin disebabkan terlalu lama hidup "dalam kayangan", Najib tidak mengetahui bahawa membayar deposit bukan bermakna sesuatu urusan jual beli itu selesai.
Wang deposit masih boleh dikembalikan sekiranya sesuatu urus niaga itu tidak jadi atau terbatal.
Pengumuman kepada Bursa Saham Singapura itu perkara biasa bagi sesebuah syarikat untuk memaklumkan kepada pemegang saham tentang aktiviti mereka.
Masih ada beberapa syarat lain yang kedua belah pihak perlu patuhi seperti kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) sebelum ia boleh dimuktamadkan.
Kami bersimpati dengan nasib dan masa depan Najib yang berdepan dengan 42 pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang menjadi perdana menteri dan menteri kewangan dan diharapkan beliau akan menginsafi segala kesalahan yang dilakukan.
AMIN SHAH BIN ISKANDAR,
Setiausaha Akhbar Kepada Menteri Pertahanan
11 Mac 2019
#Amin Shah Iskandar #Boustead Holdings #Bukit Bintang #Bursa Saham Singapura #dalam kayangan #EPU #Hotel Royal Chulan Bukit Bintang #Lembaga Tabung Angkatan Tentera #LTAT #Najib Razak #PM #syarikat milik Singapura #Unit Perancang Ekonomi
;