Hamidah Osman gagal pertahan jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng
Astro Awani
Oktober 12, 2013 07:30 MYT
Oktober 12, 2013 07:30 MYT
Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Hamidah Osman tewas dalam pertarungan untuk mempertahan jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng pada pemilihan peringkat bahagian itu pada Sabtu.
Hamidah dan seorang lagi calon, Wan Razita Wan Razak kalah kepada Juliliyana Mohd Junid.
Menurut laporan Bernama, Hamidah yang juga Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun) itu memperoleh 143 undi, Juliliyana meraih 163 undi manakala Wan Razita mendapat 20 undi.
Hamidah turut bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan yang akan diadakan pada 19 Oktober ini.
Dalam pilihan raya umum ke-13, Hamidah yang bertanding sebagai penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat kalah kepada calon Yang Dipertua Pas Gopeng, Radzi Zainon dengan majoriti 2,638 undi.