Hamas meminta Malaysia untuk memainkan peranan utama dalam melindungi Masjid Al-Aqsa daripada pencerobohan rejim Zionis.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Mashal dalam perbualan telefonnya bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.
Dalam perbualan telefon itu, Mashal memaklumkan kepada Najib mengenai situasi terkini di Tebing Barat, khususnya ketegangan yang berlaku di Masjid Al-Aqsa berikutan pencerobohan dan pencabulan yang dilakukan tentera Israel.
"Saya menjelaskan kepada Najib mengenai pentingnya Malaysia untuk memainkan peranan utama dalam melindungi Masjid Al-Aqsa.
"Saya juga menegaskan, betapa pentingnya Malaysia menggerakkan komuniti antarabangsa untuk menyekat rancangan Israel untuk menceroboh dan menduduki Baitulmuqaddis amnya, serta Masjid Al-Aqsa, khasnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mashal, Najib telah memaklumkan bahawa Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keganasan dan pencerobohan tentera Israel ke atas Masjid Al-Aqsa sehingga menyaksikan Masjid Al-Aqsa terpisah secara sementara mengikut kaedah yang ditetapkan oleh rejim zionis itu.
Katanya, Najib menegaskan pendirian Malaysia yang akan menyokong penuh penduduk Palestin dalam mendepani keganasan dan pencabulan yang dilakukan tentera zionis itu.
Mashal berkata, di akhir perbualan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Najib, kerajaan dan rakyat Malaysia atas sokongan padu yang diberikan kepada penduduk Palestin dalam berdepan keganasan dilakukan Israel.
Keadaan di seluruh Tebing Barat semakin tegang sejak beberapa hari lalu yang menyaksikan beberapa pertempuran antara penduduk Palestin dengan pasukan keselamatan Israel, selepas pergerakan Hamas melancarkan 'hari kemarahan' ekoran ketegangan yang berlaku di Masjid Al-Aqsa.
Shuhami Zabri
Sun Sep 20 2015
![Hamas mahu Malaysia mainkan peranan utama lindungi Masjid Al-Aqsa Hamas mahu Malaysia mainkan peranan utama lindungi Masjid Al-Aqsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81442766197_KhaledMashal.jpg)
KHALED MASHAL: Saya menjelaskan kepada Najib mengenai pentingnya Malaysia untuk memainkan peranan utama dalam melindungi Masjid Al-Aqsa. - Foto EPA
Agenda AWANI: Majlis penghormatan terakhir pemimpin Hamas Ismail Haniyeh
Siaran langsung sekitar majlis penghormatan terakhir pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Kuala Lumpur dalam #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di semua platform @501Awani
![Pertumbuhan pinjaman perniagaan terkumpul lebih kukuh 5.6 peratus pada Jun - BNM Pertumbuhan pinjaman perniagaan terkumpul lebih kukuh 5.6 peratus pada Jun - BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716610812_BNM.jpg)
Pertumbuhan pinjaman perniagaan terkumpul lebih kukuh 5.6 peratus pada Jun - BNM
Pertumbuhan pinjaman perniagaan terkumpul lebih kukuh 5.6 peratus pada Jun 2024 berbanding 4.8 peratus pada Mei, disokong oleh pinjaman modal kerja dan pinjamanberkaitan pelaburan.
![Pentingnya pendedahan penggunaan pembayaran tanpa tunai kepada warga emas Pentingnya pendedahan penggunaan pembayaran tanpa tunai kepada warga emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722416242_TBkodQR.jpg)
Pentingnya pendedahan penggunaan pembayaran tanpa tunai kepada warga emas
Semua pihak perlu memainkan peranan dalam memberikan pendedahan kepada masyarakat, terutamanya warga emas, mengenai kaedah pembayaran tanpa tunai sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya.
![Paris 2024: Lee Zii Jia tidak berdepan masalah ke pusingan 16 Paris 2024: Lee Zii Jia tidak berdepan masalah ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722434793_TBLEEZIIJIA.jpg)
Paris 2024: Lee Zii Jia tidak berdepan masalah ke pusingan 16
Dalam set pertama, Lee Zii Jia dilihat tidak perlu bermandi peluh apabila pemain lawan acap kali melakukan kesilapan mudah sekali gus menang mudah 21-10.
10 Berita Pilihan - (31 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![LHDN lancar MyInvois untuk kukuhkan sistem percukaian negara LHDN lancar MyInvois untuk kukuhkan sistem percukaian negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715149244_LHDNburuwargaasi.jpg)
LHDN lancar MyInvois untuk kukuhkan sistem percukaian negara
LHDN hari ini melancarkan MyInvois melalui pelaksanaan e-Invois untuk memperkukuhkan sistem percukaian negara, meningkatkan ketelusan, dan membuat penilaian risiko pematuhan lebih tepat.
AWANI Tonight: World leaders react to death of Hamas' Ismail Haniyeh
Across the globe, governments and world leaders react to the death of Hamas leader Ismail Haniyeh, with Palestinian factions in the occupied West Bank calling for a general strike and mass demonstrations.
AWANI Tonight: 31 July 2024
#AWANITonight with @fayekwan_
1. Ismail Haniyeh: M’sia calls for probe into Hamas leader’s death
2. Circular economy: Rethinking waste, resource efficiency
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Ismail Haniyeh: M’sia calls for probe into Hamas leader’s death
2. Circular economy: Rethinking waste, resource efficiency
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Circular economy: Rethinking waste & resource efficiency
Dr Praveena Nair Sivasankaran from Taylor's University talks about the benefits of circular economy, from minimising waste to promoting the use of resources efficiently.
AWANI Tonight: Indonesian govt lifts smoking age to 21, bans single cigarette sales
Indonesia has raised the minimum age for purchasing cigarettes from 18 to 21, effective immediately. This move is part of new health regulations aimed at combating smoking.