KOTA KINABALU: Idea untuk menghalalkan pendatang tanpa izin sebagai tenaga kerja boleh membawa kesan yang tidak diingini kepada tenaga kerja negara, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
Ahli Parlimen Tapah itu berkata tindakan terbaik sebenarnya ialah menghantar pulang tanpa izin itu ke negara asal mereka jadi tidak timbul masalah terutama membabitkan tenaga kerja negara.
"Ia adalah idea 'bodoh' untuk membenarkan (mereka bekerja) sedangkan mereka masuk secara haram ke negara anda, mereka mesti dihantar pulang dan bukan menghalalkan mereka, jika pendatang haram datang ke negara anda dan mereka dihalalkan bermakna kita akan mempunyai lebih ramai pendatang tanpa izin ke negara ini.
"Kita tidak sepatutnya melakukan apa-apa yang menggalakkan pendatang tanpa izin datang ke negara kita," katanya pada sidang media selepas melancarkan forum kebangsaan bertajuk "Penghijrahan Modal Insan dan Kesannya Terhadap Sabah" di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah HRD Corp Datuk Seri Jamil Salleh.
Sementara itu, Saravanan menyuarakan kebimbangannya berhubung penghijrahan terutama melibatkan golongan muda dari Sabah ke negeri lain dalam usaha mencari peluang ekonomi yang lebih baik.
Beliau berkata pada tahun 2020 sahaja, seramai 45,900 orang dari Sabah berhijrah dari negeri ini.
BACA: Jawatankuasa khas Sabah bentang laporan pendataan digital PATI 27 Jun ini
"Kementerian komited untuk bekerjasama dengan semua pihak di Sabah untuk membangun dan melaksanakan dasar yang boleh menarik pelaburan bernilai tinggi dan mewujudkan peluang baharu untuk bakat mahir dan pekerja berpengetahuan di negeri ini.
"Kementerian akan terus memperkenalkan inisiatif yang dapat membantu rakyat Sabah untuk meningkatkan kemahiran, latihan semula, kemahiran silang dan pelbagai kemahiran melalui agensi kami HRD Corp.
"Ini akan dilengkapkan dengan program yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran dan TalentCorp," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 16 2022

Saravanan menyuarakan kebimbangannya berhubung penghijrahan terutama melibatkan golongan muda dari Sabah ke negeri lain dalam usaha mencari peluang ekonomi yang lebih baik. - Gambar fail
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

MIC sedia kukuhkan parti, hadapi cabaran masa depan
MIC bertekad untuk berusaha mengukuhkan kerjasama sesama pemimpin dan kembali memartabatkan kedudukan parti berkenaan dalam kalangan masyarakat.

Saravanan kekal sebagai Timbalan Presiden MIC buat kali kedua
Datuk Seri M. Saravanan mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden MIC selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding.

MIC adakan pemilihan presiden 12 April
MIC akan mengadakan pemilihan jawatan presiden bagi penggal 2024 hingga 2027 pada 12 April ini.

Jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak akan dipertanding pada Pemilihan MIC 2024
Perhimpunan Agung MIC ke-77 hari ini sebulat suara meluluskan dua resolusi termasuk tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu pada 2024.

Sayap parti pacu MIC hadapi cabaran politik semasa - Saravanan
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan yakin parti itu mampu mendepani cabaran politik semasa menerusi peranan dan sumbangan yang dimainkan sayap Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri.

'Anggotai Kabinet hanya khabar angin' - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan, menyifatkan dakwaan kononnya nama beliau akan tersenarai selepas rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan, hanyalah hanyalah khabar angin.

Pasca PRU15: BN mohon tangguh menghadap Agong, kekal pendirian tidak sokong PH, PN
Seramai 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bermesyuarat pada Selasa memohon agar sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, yang dijadualkan pagi Rabu, ditangguhkan.

Pasca PRU15: Sudah ada pilihan hati - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan memberi bayangan bahawa sudah ada pilihan hati dibuat berhubung gabungan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

PRU15: Saingan 7 penjuru di Chenderiang, lagi mudah untuk BN menang - Saravanan
M Saravanan yakin akan berjaya mempertahankan kerusi itu yang dimenangi sejak 2008 pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Bukan senang ambil hati golongan belia - Saravanan
Beliau berkata belia kini khususnya yang berumur 18 tahun ke atas amat matang dan mampu membezakan baik buruk sesuatu perkara.