Hak Sarawak kekal selepas Hari Malaysia - KM Sarawak
Astro Awani
Mac 6, 2018 23:53 MYT
Mac 6, 2018 23:53 MYT
Pengembalian hak Sarawak termasuk penurunan kuasa kepada kerajaan negeri untuk mengemudi industri minyak dan gas di negeri itu adalah satu yang amat ditunggu-tunggu oleh rakyat negeri itu.
Menurut sumber, pengembalian itu jelas membolehkan Sarawak menguruskan sendiri sumber asli yang ada di negeri ini sekali gus satu transformasi kepada ekonomi negeri bumi kenyalang itu.
Malah, pengembalian itu juga adalah usaha ikhlas Kerajaan Persekutuan yang mahu merapatkan jurang antara Semenanjung dan Sarawak.
Berikut kenyataan Abang Johari:
- Sebelum Hari Malaysia (16 September 1963), Sarawak sudah memiliki semua sumber petroleum di darat dan luar pesisir selain mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas pemberian hak prospek, penerokaan dan perlombongan di sempadan negeri itu berdasarkan Pasal 2 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh diubah tanpa persetujuan dari Sarawak yang dinyatakan berdasarkan undang-undang diluluskan Dewan Undangan Negeri.
- Pada Hari Malaysia, kerajaan negeri mempunyai hak perlembagaan untuk mengeluarkan lesen prespek, pajakan perlombongan di bawah Perkara 2 (c) Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa - Tanah termasuk permit dan lesen untuk prospek lombong, pajakan dan sijil tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri dan berdasarkan Artikel 80 dalam pihak berkuyasa eksekutif kerajaan negeri.
- Hak Kerajaan Persekutuan di bawah Perkara 8 (j) Senarai Persekutuan dalam Jadual Kesembilan adalah tertakluk kepada Perkara 2 (c) Senarai Negeri.
- Semua undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen mestilah tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan: Artikel 4 mengisytiharkan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Persekutuan.
- Ordinan Perlombongan Minyak Sarawak tidak pernah dimansuhkan oleh mana-mana undang-undang kecemasan yang diisytiharkan semasa Perisytiharan Darurat 1969 berkuat kuasa.
- Proklamasi Darurat 1969 telah dibatalkan pada tahun 2011. Oleh itu, Sarawak berhak menguatkuasakan Ordinan Perlombongan Minyak seperti mana termaktub dalam perlembagaan.