Hajiji pengerusikan mesyuarat Kabinet Sabah pertama

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Oktober 1, 2020 10:56 MYT
Hajiji bersama barisan Kabinetnya ketika mempengerusikan mesyuarat pertama pada Khamis. -Astro AWANI/Syah Hairizal Kamalul Arifin
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertamanya pada Khamis.
Ahli mesyuarat terdiri daripada Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Dr Jeffrey Kitingan; Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Dr Joachim Gunsalam; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun; dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri Sabah
Selain beberapa isu pokok seperti penstrukturan pentadbiran, mesyuarat dijangka turut membincangkan situasi semasa COVID-19.
Terdahulu, Hajiji dipilih sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu selepas Gabungan Rakyat Sabah yang memenangi Pilihan Raya Negeri sebulat suara menamakan Pengerusi Perikatan Nasional Sabah itu.
Hajiji kemudian mengangkat sumpah jawatan di Istana Negeri pada Selasa di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.
#mesyuarat kabinet sabah #Bung Moktar Radin #Jeffrey Kitingan #Joachim Gunsalam #Masidi Manjun #Jahid Jahim
;