KOTA KINABALU:Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri pada Selasa.
Hajiji, 65, yang juga Ahli Dewan undangan negeri (ADUN) Sulaman mengangkat sumpah jawatan pada jam 10.35 pagi di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.
Upacara angkat sumpah berkenaan turut dihadiri isteri Juhar, Toh Puan Norlidah RM Jasni, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).
Turut hadir pada majlis istiadat angkat sumpah tersebut ialah pegawai tinggi kerajaan negeri.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri Sabah
BACA: Hajiji tiba di Istana Negeri untuk Istiadat Angkat Sumpah
Istiadat angkat sumpah tersebut sekali gus menamatkan isu pelantikan Ketua Menteri Sabah yang berlarutan selama dua hari.
Pada Isnin, Hajiji menerima watikah daripada Juhar bagi menghadiri istiadat mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.
Watikah tersebut diserahkan beberapa jam selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebulat suara memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu untuk menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 pada Sabtu lalu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengumumkan berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memperoleh 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ia selepas rakan sekutu GRS iaitu PN memenangi 17 kerusi, BN 14 kerusi dan PBS tujuh kerusi.
Isabelle Leong
Tue Sep 29 2020
Hajiji yang juga ADUN Sulaman mengangkat sumpah jawatan pada jam 10.35 pagi di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin. - Foto BERNAMA
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Ahli Parlimen Labuan isytihar sokong kepimpinan PM Anwar
Ahli Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman menzahirkan sokongan beliau kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mulai hari ini.
ADUN Bersatu Sabah keluar parti: Apa yang kita tahu setakat ini
Banyak spekulasi timbul mengenai mesej itu, termasuk perubahan pucuk pimpinan Kerajaan Negeri Sabah yang ditadbir GRS-BN.
PRK DUN Bugaya: Permohonan undi pos dibuka hari ini - SPR
Permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah dibuka bermula hari ini.
Perpaduan antara GRS, BN penting jayakan perancangan kerajaan Sabah - Hajiji
Hajiji berkata, ia bagi memastikan perancangan kerajaan Sabah untuk memajukan negeri dan rakyat dapat dilaksanakan dengan berkesan.
USNO hantar permohonan sokong pentadbiran kerajaan - Pandikar
Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) menyatakan pendirian mereka menyokong polisi kerajaan.
Isu kemiskinan digital perlu diberi keutamaan - Salleh
Ahli Dewan Undangan Negeri Usukan Datuk Seri Salleh Said Keruak mahu kerajaan Sabah mencari penyelesaian terbaik kepada isu kemiskinan digital, dari segi penyediaan prasarana teknologi maklumat dan
COVID-19: Jangkitan meluas mampu jejaskan pentadbiran Sabah
Situasi pentadbiran kerajaan negeri Sabah mampu mencetuskan kebimbangan sekiranya berlaku jangkitan secara meluas di kalangan jentera kerajaan negeri tersebut.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, 9 Oktober 2020.
Hajiji disahkan positif COVID-19
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor disahkan positif COVID-19.
Pilihan raya ketika krisis COVID-19: PRK Batu Sapi perlu ditangguh
Pilihan Raya Negeri Sabah bulan lalu telah membekalkan satu pengajaran tentang implikasi mengadakan pilihan raya dalam persekitaran pandemik.