Hajiji bertemu Anwar di Putrajaya, bincang hal pembangunan Sabah

Astro Awani
Julai 10, 2023 18:17 MYT
Hajiji (kanan) mengadakan pertemuan dengan Anwar di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada Isnin.
PUTRAJAYA: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Perdana Putra Putrajaya pada Isnin.
Dalam Kenyataan, pertemuan empat mata antara kedua-dua pemimpin itu adalah bagi membincangkan hal pembangunan di Sabah.
Mesyuarat selama lebih sejam itu adalah antara lawatan kerja ketua menteri ke ibu negara selama empat hari.
Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengetuai delegasi ke Mesyuarat Majlis Perundingan Pemimpin Kerajaan Perpaduan di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Selasa.
Pada Rabu pula, Hajiji akan mengiringi Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara.
#pembangunan Sabah #pertemuan Hajiji Anwar #Hajiji jumpa Anwar #Kerajaan Perpaduan
;