MEKAH: Jemaah haji bakal berdepan suhu panas mencecah 48 darjah Celsius, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Abdul Rahman.
Beliau berkata musim panas di Arab Saudi ketika ini, boleh menyebabkan berlaku strok haba sekiranya jemaah haji terlalu terdedah dan kurang minum air.
"Sekarang ini musim haji dalam musim panas yang suhunya agak tinggi antara 38 hingga 48 darjah Celsius dan boleh lagi meningkat.
"Dalam keghairahan jemaah melaksanakan ibadah dan membuat lawatan bersejarah dan sebagainya, mereka harus memberi perhatian supaya tidaklah terdedah kepada cuaca panas yang agak lama dan sentiasa minum air secukupnya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di bangunan yang menempatkan ibu pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) dan penginapan jemaah di Abraj Al Janadriyah, di sini.
HAJI-CUACA 2 (AKHIR) MAKKAH
Sementara itu, seorang jemaah Zaharri Hassan, 61, yang ditemui berkata beliau biasanya memilih waktu subuh, maghrib dan isyak untuk ke masjid.
"Sebenarnya dalam banyak keadaan saya tetap akan cuba ke masjid kerana ini adalah peluang untuk beribadah yang tak tahu bila lagi akan dapat. Tetapi sekiranya cuaca terlalu panas saya akan cuba kuatkan diri dan memastikan minum air secukupnya," katanya yang hadir ke Tanah Suci bersama isteri, Jamilah Othman, 54.
Mohamad Bakri Hishamudin, 54 pula berkata beliau akan ke masjid dengan menaiki teksi sekiranya cuaca terlalu panas.
"Memang cuaca panas kita kena reda dan TH pun dah nasihatkan supaya berhati-hati. Saya memang pilih buat umrah pun pada waktu pagi dan membeli barangan keperluan pun di kedai yang terdekat sahaja, katanya.
Dalam perkembangan lain, Syed Saleh berkata dalam keadaan jemaah yang masih belum ramai di Makkah, mereka yang berhasrat ke Masjidil Haram dan membeli barangan perlu sentiasa berwaspada bagi mengelak sebarang kemungkinan.
"Keselamatan diri perlu dijaga dan jika jemaah perlu berjalan dari satu tempat ke satu tempat, bergerak secara kumpulan dan bukannya bersendirian yang boleh sebabkan risiko," katanya yang turut mengingatkan jemaah supaya sentiasa memakai pengenalan diri dan gelang yang dikhaskan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 15 2022
Musim panas di Arab Saudi ketika ini, boleh menyebabkan berlaku strok haba sekiranya jemaah haji terlalu terdedah dan kurang minum air. - Gambar fail
Bersih sedia jadi perantara antara kerajaan, pembangkang
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sekali lagi menyataan kesediaan untuk menjadi perantara antara kerajaan dengan pembangkang bagi memastikan CSA atau MoU dijayakan dengan sebaik mungkin.
Polis terima laporan kes kucing diseret
Polis mengesahkan menerima laporan ke atas seorang lelaki yang bertindak menganiayai seekor kucing dengan mengikat tali di leher haiwan itu sebelum diseret dalam kejadian di Scott Garden Soho, Kuala Lumpur pada Sabtu.
AWANI Review: Power of Vulnerability - Why Openness Makes Better Leaders
Nick Jonsson, co-founder of Executives’ Global Network Malaysia and author of Executive Loneliness, explores the hidden struggles of leadership - loneliness and mental health. In conversation with Cynthia Ng, he reveals how embracing vulnerability and openness can transform leaders and organisations for the better.
2TM: Lebih 200,000 pengunjung direkodkan dalam dua hari
Lebih 200,000 pengunjung direkodkan menghadiri Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Johor negeri terbaru dilanda banjir
Sebuah PPS dibuka di Balai Raya Batu Badak, Segamat, 2 petang tadi, dengan menempatkan 11 orang daripada empat keluarga.
Polis tahan enam lelaki disyaki terbabit sindiket jual air ketum
Polis menahan enam lelaki tempatan di sebuah rumah di Taman Pakatan Jaya kerana disyaki terbabit sindiket penjualan air ketum.
KPDN Pahang serbu dua premis jadi stor simpanan barang kawalan bersubsidi
KPDN Pahang melakukan serbuan terhadap sebuah restoran dan rumah yang disyaki dijadikan lokasi penyimpanan barang kawalan bersubsidi di Triang, Bera pagi tadi.
Seorang lagi wartawan terkorban dalam serangan Israel di Gaza, angka korban meningkat kepada 189
Mangsa, Wael Ibrahim Abu Quffa merupakan seorang wartawan dan pensyarah di Jabatan Kewartawanan dan Media, Universiti Islam Gaza.
Pahang berjaya peroleh kutipan hasil RM1.144 bilion
Ia membuktikan prestasi kepimpinan kerajaan negeri ini sangat cemerlang untuk setanding dengan negeri maju lain seperti Selangor dan Johor.
10 Berita Pilihan - (23 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuaca panas Tahap 1 di tiga kawasan - MetMalaysia
Tiga kawasan itu ialah Kemaman, Terengganu, Maran, Pahang dan Limbang, Sarawak.
Cuaca panas di semenanjung tempias Taufan Trami
Fredolin berkata, Malaysia didominasi fasa kering Ayunan Madden-Julian yang menghalang perolakan dan mengurangkan pembentukan awan dan penurunan hujan.
Tujuh kawasan di Semenanjung alami cuaca panas sekurang-kurangnya tiga hari
Larut, Matang dan Kuala Kangsar (Perak), Gombak dan Petaling (Selangor), Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Maran dan Temerloh di Pahang merupakan kawasan yang terlibat.
Amaran gelombang haba dikeluarkan untuk Seoul
Amaran gelombang haba dikeluarkan apabila suhu tertinggi dijangka mencapai 33 darjah Celsius atau lebih selama dua hari berturut-turut.
Hospital Putrajaya buat persiapan rapi, siap sedia bantuan perubatan
Pasukan perubatan dengan kekuatan 250 petugas disediakan, dengan petugasnya termasuk daripada beberapa hospital di Lembah Klang.
Seoul catat rekod 'malam tropika' terpanjang dalam 18 tahun
'Malam tropika' berlaku apabila suhu kekal pada 25 Celsius atau lebih tinggi dari 6.01 petang hingga 9 pagi keesokan harinya.
Bosnia-Herzegovina mohon bantuan antarabangsa padam kebakaran hutan
Majlis itu pada Isnin meluluskan keputusan yang dicadangkan oleh Kementerian Keselamatan untuk mendapatkan bantuan antarabangsa.
Kesediaan makanan lebih penting bagi pengguna daripada kualiti - Presiden CFOS
Cuaca ekstrem yang melanda ketika ini tidak menjejaskan pengguna untuk mendapatkan bekalan makanan selagi mana harga tidak melambung.
Cuaca panas: Trend kes lemas meningkat
Berdasarkan statistik, insiden lemas paling tinggi direkodkan di kawasan sungai, pantai dan tasik dan air terjun.
Tiga empangan simpanan air mentah pada paras bahaya - Nadma
Empangan Muda di Kedah, Empangan Bukit Merah di Perak dan Empangan Teluk Bahang di Pulau Pinang menunjukkan penyusutan baki stok simpanan semasa air mentah berada pada paras bahaya.