Haji: Ibadah wukuf berjalan lancar, selamat

Astro Awani
Julai 19, 2021 07:26 MYT
Jemaah haji berkumpul di Jabal Rahmah di padang Arafah ketika melaksanakan ibadah wukuf, 19 Julai, 2021. (Foto AP)
RIBUAN umat Islam menjalankan ibadah wukuf di Arafah dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pada Isnin.
Di sebalik penularan COVID-19 yang melanda dunia, seramai 60,000 jemaah yang menunaikan ibadah itu di tanah suci tahun ini tetap berpeluang mengikuti khutbah Hari Arafah secara langsung.
Khutbah dilaksanakan menerusi pematuhan ketat SOP yang disampaikan Imam Masjid Namirah di Arafah, Syaikh Dr Bandar Abdul Aziz Baleelah.
Khutbah itu turut diterjemahkan kepada 10 bahasa termasuk Bahasa Melayu.
Selain itu, khutbah terbabit diterjemahkan dalam bahasa Inggeris, Perancis, Urdu, Parsi, Russia, Cina, Turki, Hausa dan Benggali.
Hari Arafah pada 9 Zulhijjah adalah hari bagi jemaah haji berkumpul untuk berdoa dan mendekatkan diri kepada Allah.
Pada masa sama, pihak pengurusan dua masjid suci sudah menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk jemaah, termasuk melakukan operasi pembasmian kuman di dalam Masjidil Haram dan pekarangannya.
Tahun ini, hanya 60,000 jemaah yang lengkap divaksin terdiri daripada rakyat dan penduduk negara itu dibenarkan menunaikan haji.
Lazimnya, Mekah menerima 2.5 juta jemaah haji setiap tahun sebelum pandemik COVID-19.

PICTURES: Hajj Khutbah 1442 delivered by Sheikh Bandar Baleelah in Masjid Al Namirah, Arafat and led the Hujjaj in Dhur/Asr Prayers combined#Hajj pic.twitter.com/rUFzCnayte

— Haramain Sharifain (@hsharifain) July 19, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

WATCH: Hajj 1442/ 2021 Khutbah by Sheikh Dr Bandar Baleelah *With English Subtitleshttps://t.co/VPSWaqwYLv

— Haramain Sharifain (@hsharifain) July 19, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #Haji #Mekah #pandemik #Wukuf #SOP #khutbah #Masjid Namirah #pembasmian kuman #Masjidil Haram #vaksin #Syaikh Dr Bandar Abdul Aziz Balilah #Arafah
;