MELAKA: Hadiah cabutan bertuah berupa empat kereta bernilai lebih RM100,000 setiap satu menanti pengunjung bertuah yang melawat Melaka pada Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata cabutan bertuah berkenaan akan dilakukan pada setiap tiga bulan sekali sepanjang TMM 2024 dan penyertaan berdasarkan beberapa syarat ditetapkan.
"Salah satu syaratnya ialah pelancong atau pengunjung perlu bermalam sekurang-kurangnya dua malam di hotel empat bintang ke atas yang akan ditentukan kemudian dan resit atau kupon penyertaan cabutan bertuah itu boleh didapati daripada pihak hotel berkenaan.
Bagaimanapun, kita juga akan bekerjasama dengan pihak inap desa dan hotel tiga bintang ke bawah dengan pelbagai tawaran cabutan bertuah lain seperti motosikal, basikal dan skuter elektrik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Memancing (Pra Joran) dan Memasak Sempena Bulan Kebangsaan 2023 di Sungai Melaka Fasa Dua dan turut dihadiri Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.
Ab Rauf berkata hadiah cabutan bertuah berkenaan bukan sahaja bertujuan menarik kedatangan pelancong ke Melaka tetapi juga memberi penghargaan kepada mereka sempena TMM 2024.
Sementara itu, beliau berkata pertandingan fotografi berunsurkan identiti Melaka juga akan dianjurkan pada tahun hadapan selain pertandingan "Tik Tok Melaka" yang bertujuan menularkan pelbagai keunikan makanan dan tempat menarik di negeri itu dalam usaha meningkatkan kedatangan pelancong.
"Pelbagai hadiah menarik disediakan bagi setiap pertandingan yang dianjurkan sepanjang TMM 2024 dan terbuka buka sahaja kepada pelancong luar malah dari Melaka juga," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata pertandingan memancing berskala lebih besar dengan sasaran penyertaan kaki pancing lebih 3,000 orang akan dianjurkan pada 20 Feb tahun hadapan sempena TMM 2024.
Katanya pertandingan yang akan berlangsung di Sungai Melaka Fasa Dua di sini melibatkan kawasan sepanjang 2.5 kilometer menawarkan pelbagai hadiah menarik keseluruhan bernilai RM100,000 dan johan pertandingan juga akan membawa pulan wang tunai RM30,000.
Terdahulu, sebanyak 863 peserta dari dalam dan luar Melaka menyertai pertandingan memancing yang berlangsung hari ini yang menawarkan wang tunai sebanyak RM10,000 bagi johan pertandingan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 03 2023

Ab Rauf (foto) berkata hadiah cabutan bertuah berkenaan bukan sahaja bertujuan menarik kedatangan pelancong ke Melaka tetapi juga memberi penghargaan kepada mereka sempena TMM 2024. -Gambar fail/Facebook Ab Rauf Yusoh
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu muat naik di Facebook turut menzahirkan dukacita yang amat mendalam di atas tragedi yang menimpa keluarga itu.

Kolam Air Panas Gadek kembali beroperasi dengan wajah baharu
Kolam Air Panas Gadek kembali beroperasi dengan wajah baharu selepas kerja-kerja naik taraf membabitkan kos RM18.45 juta siap sepenuhnya.

Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.

Hutang berkurang, kutipan hasil meningkat bukti gerak kerja kerajaan negeri berkesan
Kejayaan mencapai sasaran dalam mengurangkan jumlah hutang dan peningkatan kutipan hasil negeri menjadi bukti kepada gerak kerja proaktif dan sistematik diamalkan pentadbiran kerajaan negeri.

Beca Melaka jalani transformasi digital
Menerusi inisiatif itu, setiap beca yang berlesen akan diberi nombor dan kod QR bagi menjamin keselamatan penumpang dan pengayuh beca.

Momentum promosi akan diteruskan untuk raih lebih ramai pelancong ke Melaka
Momentum kejayaan raih 15 juta pengunjung dengan pendapatan RM12.68 bilion sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 perlu diteruskan, kata Ketua Menteri.

Syarikat bas henti-henti Panorama Melaka ditutup
Pengurusan sistem pengangkutan awam akan diambil alih oleh Handal Indah Sdn Bhd, dan 59 kakitangan PMSB akan diserap ke anak syarikat kerajaan negeri yang lain.

Melaka bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta
Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.

Nahas ngeri Ayer Keroh: Kerajaan Melaka zahir simpati, dukacita terhadap keluarga mangsa
Ab Rauf menggesa jabatan dan agensi berkaitan kenderaan berat dapat memastikan aspek keselamatan dipatuhi sepenuhnya oleh pemilik dan pemandu bagi mengelakkan tragedi.

Hab produk halal diperluas kepada industri pelancongan
Produk halal perlu dikembangkan kepada sektor pelancongan dan dimanfaatkan oleh usahawan serta syarikat yang berada dalam industri halal.