Hadi berpantun, berkias jangan berani usik agama Islam dan hak orang Melayu
Arfa Yunus, Diyana Ibrahim, Fareez Azman, Fauzi Zin
Disember 8, 2018 18:15 MYT
Disember 8, 2018 18:15 MYT
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakhiri ucapan beliau di Perhimpunan Kesyukuran Penolakan Ratifikasi ICERD dengan berpantun
Dalam pantunnya, Abdul Hadi secara berkias menggambarkan supaya tidak ada pihak yang mengusik kedaulatan agama Islam dan hak orang Melayu.
Selain itu Hadi dalam ucapannya turut meluahkan rasa kesal berikutan ada pihak yang cuba membawa ratifikasi ICERD di Parlimen.
“Beraninya bawa ICERD ini di Parlimen mentang-mentang dapat majoriti mudah
“Kami Ahli Parlimen menyuarakan sekiranya kamu berani bawa (ke) Parlimen, kami kerah jutaan ke jalan raya kerana himpun di jalan raya juga adalah demokrasi,” kata beliau dalam ucapannya di Dataran Merdeka hari ini.
Beliau menjadi pemimpin terakhir yang berucap sebelum mengakhiri perhimpunan yang bermula sejak pukul 2 petang itu.
Perhimpunan kesyukuran itu tamat sejam lebih awal berbanding waktu yang ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL pada pukul 6 petang.
#Abdul Hadi Awang
#Dataran Merdeka
#demokrasi
#Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
#ICERD
#Islam
#Melayu
#pemimpin
#perhimpunan
#Presiden Pas