Hadi Awang stabil dirawat di IJN - Anak

Astro Awani
Jun 6, 2021 18:01 MYT
Abdul Hadi menerima rawatan susulan di IJN pada 28 April lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berada dalam keadaan stabil di Institut Jantung Negara (IJN), kata anaknya Muhammad Khalil.
Beliau berkata, bagaimanapun Abdul Hadi perlu menjalani rawatan susulan dan dipantau doktor di pusat rawatan berkenaan.
Muhammad Khalil turut meminta orang ramai mengadakan solat hajat dan mendoakan Ahli Parlimen Marang itu diberikan kesembuhan segera.
"Beliau kini berada di IJN dalam keadaan yang stabil namun masih perlukan rawatan susulan dan pemantauan oleh doktor.
"Saya turut menerima pertanyaan tentang mesej-mesej yang tersebar, kebanyakannya adalah tidak benar dan ditokok tambah," katanya dalam kenyataan di Facebook, pada Ahad.
Sumber Facebook mkhalilabdulhadi
Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk menjelaskan beliau akan memaklumkan keadaan kesihatan Abdul Hadi dari semasa ke semasa.
Pada 16 Feb lalu, Abdul Hadi dikejarkan ke Hospital Putrajaya setelah mengalami sesak nafas sebelum dirujuk ke IJN.
Beberapa hari kemudian, Abdul Hadi dibenarkan keluar dari IJN.
Bagaimanapun pada 28 April lalu, Abdul Hadi sekali lagi menerima rawatan susulan di IJN.
#Abdul Hadi Awang #PAS #Institut Jantung Negara #IJN #rawatan #jantung
;