Hadi Awang semakin stabil, perlukan rehat - Ahmad Yakob
Muhafandi Muhamad
Februari 17, 2021 16:23 MYT
Februari 17, 2021 16:23 MYT
PASIR MAS: Keadaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ini stabil dan beliau memerlukan rehat.
Namun begitu, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob mengajak seluruh ahli Pas dan rakyat malaysia agar sama-sama mengadakan solat hajat memohon supaya Abdul Hadi kembali pulih seperti sedia kala.
"Dia (Abdul Hadi) stabil... kita pakat doalah," kata beliau.
Abdul Hadi dikejarkan ke Hospital Putrajaya pada Selasa malam akibat sesak nafas sebelum dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN).
Beliau dipercayai kepenatan kerana jadual tugasan yang padat.