Hadi Awang semakin pulih - Ahmad Samsuri

Bernama
Jun 26, 2021 17:16 MYT
Abdul Hadi dijangka dibenarkan keluar daripada IJN dalam masa terdekat. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU: Keadaan kesihatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), semakin pulih.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, dijangka dibenarkan keluar daripada IJN dalam masa terdekat.
"Keadaan beliau (Abdul Hadi) semakin pulih. Pada saya beliau dalam keadaan ceria dan teruja untuk segera kembali bersama dengan masyarakat," kata Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS, kepada pemberita hari ini.
Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke pusat pemberian vaksin secara 'Outreach', anjuran Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Sekolah Kebangsaan Kesom, di sini.
Pada 6 Jun, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk Muhammad Khalil yang juga anak Abdul Hadi memaklumkan, bapanya dimasukkan ke IJN sejak beberapa hari selepas mengadu kurang sihat.
-- BERNAMA
#HADI AWANG #IJN #jantung #semakin pulih #dibenarkan keluar #dirawat #Presiden Pas #Ahmad Samsuri Mokhtar #Menteri Besar #terengganu
;