Hadi Awang dilantik duta khas bertaraf menteri
Astro Awani
April 2, 2020 19:29 MYT
April 2, 2020 19:29 MYT
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri berkuatkuasa serta merta.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pejabat Perdana Menteri melalui satu kenyataan pada Khamis.
Abdul Hadi yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Univeristi Al-Azhar, Mesir merupakan bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.
Beliau yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Terengganu pada 1999 hingga 2004 disenarai sebagai antara 500 muslim berpengaruh di dunia bagi kategori pendakwah dan pembimbing rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan.
#Abdul Hadi Awang
#duta
#Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia
#menteri
#Menteri Besar Terengganu
#PAS
#presiden
#Timur Tengah