Had waktu operasi premis perniagaan dimansuh bermula 1 April - Perdana Menteri

Astro Awani
Mac 8, 2022 18:43 MYT
Pemilik premis dibolehkan untuk melaksanakan waktu operasi premis masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis. - Gambar hiasan/ Bernama
KUALA LUMPUR: Had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan bermula 1 April, 2022, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata pemilik premis dibolehkan untuk melaksanakan waktu operasi premis masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis.
"Ini bermakna anda semua bolehlah makan di kedai makan selepas jam 12 tengah malam, terutamanya dengan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi. Bolehlah bersahur di luar," katanya pada sidang media khas mengenai fasa 'Peralihan ke Endemik', di sini, hari ini.
Ismail Sabri berkata fasa 'Peralihan Ke Endemik' ini merupakan 'exit strategy' (strategi keluar daripada pandemik) untuk membolehkan rakyat Malaysia kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas hampir dua tahun berperang dengan COVID-19.
BACA: COVID-19: Malaysia memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula 1 April 2022 - Perdana Menteri
[TERKINI] Sidang Media Khas Perdana Menteri I 8 Mac 2022
#had waktu operasi premis #Kedai makan #restoran #Perdana Menteri
;