Had umur pencen 60 tahun lambat dilaksana (Video)
Astro Awani
Disember 9, 2012 14:44 MYT
Disember 9, 2012 14:44 MYT
Pelaksanaan had umur pencen pada usia 60 tahun bagi sektor swasta, bermula 1 Julai 2013, didakwa terlambat.
Bekas presiden Kongres Kesatuan sekerja Malaysia (MTUC) Tan Sri Zainal Rampak berpandangan, ia memberi gambaran seolah-olah keperluan kakitangan swasta kurang diberi perhatian sedangkan sumbangan kumpulan berkenaan sewajarnya dihargai.
“Di bawah Akta Umur Persaraan Minimum 2012, had persaraan bagi kakitangan swasta ditetapkan pada usia 60 tahun dan mereka tidak boleh dipaksa bersara selagi mencapai umur berkenaan.”
Zainal berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam yang memaklumkan keputusan berkenaan dibuat selepas perbincangan dengan majikan, pekerja dan agensi kerajaan berkaitan.