Had umur belia: Pemuda Pakatan Johor selar pendirian kerajaan negeri

Hakim Rahman
Julai 12, 2019 16:11 MYT
Menurut Azam Mektar, pendirian Kerajaan Negeri Johor berhubung had umur belia jelas bercanggah dengan perundangan serta dasar Kerajaan Persekutuan. - Astro AWANI
Pemuda Pakatan Harapan Johor menyelar pendirian Kerajaan Negeri Johor berhubung had umur belia yang jelas bercanggah dengan perundangan serta dasar Kerajaan Persekutuan.
Setiausaha Pemuda Pakatan Harapan (PH) Johor, Azam Mektar berkata, tiada alasan untuk kerajaan negeri mengubah pendirian beberapa kali berhubung isu had umur belia.
“Faktanya, Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 Akta 668 adalah bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan telah diluluskan di Dewan Rakyat yang disokong oleh Ahli Parlimen tanpa bantahan.
“Oleh sebab ini tiada alasan untuk Kerajaan Negeri Johor mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan perundangan dan Akta 668 bidang kuasa Kerajaan Perseketuan,” katanya kepada Astro AWANI.
Menurut beliau, tindakan kontroversi Kerajaan Negeri Johor itu sekali gus menyukarkan Pemuda PH mendekati dan melakukan sesi penerangkan bersama belia.
“Tempoh dua tahun untuk pewartaan seperti mana yang dinyatakan oleh YB Menteri Belia dan Sukan perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi memastikan agenda ini dapat dilaksanakan dengan penuh tertib.
“Tetapi di Johor terdapat beberapa kekeliruan, apabila sebanyak tiga kali keputusan Kerajaan Negeri Johor berubah-ubah berkaitan isu ini dalam tempoh 48 jam,” katanya lagi.
BACA: Umur belia Johor kekal 15-40 tahun: Dr Sahruddin
BACA: Had umur belia, Johor buat pusingan U
BACA: Had umur belia: Johor buat pusingan U sekali lagi, terima nasihat 'beberapa pihak'
BACA: Beri pandangan, jangan hingga masuk campur - Muhyiddin
Langkah Kerajaan Negeri Johor yang mengekalkan had umur belia negeri kepada 40 tahun dibimbangi memberi kesan kepada gerakan belia negeri ini pada masa akan datang.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah Kerajaan Negeri Johor yang mengekalkan had umur belia negeri kepada 40 tahun dibimbangi memberi kesan kepada gerakan belia negeri ini pada masa akan datang.
BACA: Langkah Johor kekal had umur belia dibimbangi beri kesan kepada gerakan belia
BACA: Had umur belia berubah, apa seterusnya?
"Saya bimbang kalau Johor tidak ikut cara macam itu (menerima pindaan umur belia 15 hingga 30 tahun yang diluluskan Dewan Rakyat), bantuan-bantuan gerakan belia mungkin tidak sampai.
"Jadi, saya harap Johor terlibat bersama-sama," katanya sebelum ini seperti yang dilaporkan Bernama.
Pada 3 Julai lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 (Akta 668), antaranya menurunkan had umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun.
#Akta 668 #Belia #had umur #Johor #Johor Darul Takzim #kerajaan negeri #kerajaan Persekutuan
;