Habib jangka pengguna buat pembelian besar-besaran emas sebelum pelaksanaan GST
Astro Awani
Disember 26, 2013 09:35 MYT
Disember 26, 2013 09:35 MYT
Jualan barang kemas keluaran syarikat Habib Jewels dijangka berdepan cabaran selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan GST yang bakal diperkenalkan pada April 2015, terutama pada tahun pertama pelaksanaannya.
Menurut pengarah urusannya Datuk Meer Habib, sebagai persediaan, Habib berusaha mengeluarkan rekaan pada harga berpatutan supaya pengguna tidak terlalu terbeban dengan pelaksanaan enam peratus GST.