Hab pengedaran rantaian bekalan baharu bernilai RM160 juta dijangka siap pada april 2022

Bernama
November 13, 2021 22:40 MYT
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang menghadiri majlis perasmian itu berkata NI akan membelanjakan kira-kira RM160 juta untuk hab berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: NI's, sebelum ini dikenali sebagai National Instruments, hab pengedaran rantaian bekalan baharu bernilai RM160 juta dijangka siap menjelang April tahun depan selepas pembinaannya bermula secara rasmi hari ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang menghadiri majlis perasmian itu berkata NI akan membelanjakan kira-kira RM160 juta untuk hab berkenaan dan akan berfungsi sebagai hab pengedaran rantaian bekalan baharu NI untuk produk yang memenuhi keperluan Industri4.0, 5G dan pasaran kenderaan autonomi.
"Hab pengedaran ini dijangka siap menjelang April 2022 dan mewujudkan 250 pekerjaan bernilai tinggi di Pulau Pinang," katanya dalam ucapannya di sini hari ini.
"Pulau Pinang menerusi InvestPenang, akan terus komited dalam menyediakan sokongan dan kemudahan berterusan untuk membantu projek pembesaran NI di sini. Saya teruja untuk melihat kemudahan baharu anda menjadi kenyataan," katanya.
NI yang beribu pejabat di Austin, Texas, Amerika Syarikat adalah penyedia platform yang ditakrifkan perisian yang membantu mempercepatkan pembangunan dan prestasi ujian automatik dan sistem pengukuran automatik.
Ia mempunyai kira-kira 1,000 pekerja di Pulau Pinang dengan lebih 70 peratus daripada mereka berada dalam jawatan pengurusan, teknikal dan penyeliaan.
NI menghasilkan peralatan dan perisian ujian dan pengukuran untuk saintis dan jurutera.
-- BERNAMA
#National Instruments #NIS #Ketua Menteri Pulau Pinang #Chow Kon Yeow #hab pengedaran rantaian bekalan baharu
;