H5N1 terkawal, tiada jangkitan kepada manusia - Subramaniam

Harits Asyraf Hasnan
Mac 9, 2017 18:08 MYT
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata tiada sebarang laporan virus tersebut merebak kepada manusia. - Gambar fail
Penularan virus demam selesema burung H5N1 di Kelantan berada dalam keadaaan terkawal.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata tiada sebarang laporan virus tersebut merebak kepada manusia.
"Ia masih terhad kepada stok ayam itik dan dalam kawasan yang terjejas, tiada sebarang laporan ia sudah merebak ke tempat lain," katanya.
Jenis virus demam selesema burung tersebut disahkan dijangkiti beberapa ekor ayam di sebuah ladang di Kelantan, menurut laporan Pertubuhan Dunia bagi Kesihatan Haiwan (OIE) semalam.
Lebih 1,000 unggas sudah dihapuskan dalam lingkungan 2 kilometer daripada kawasan terjejas.
Virus H5N1 turut dikesan di Kemboja sejak kebelakangan ini.
#demam #H5N1 #OIE #S Subramaniam #selesema burung
;