Guru wanita lemas di Sungai Muda
Bernama
Oktober 30, 2014 14:13 MYT
Oktober 30, 2014 14:13 MYT
Seorang guru wanita dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke dalam Sungai Muda berdekatan Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil dekat sini semalam.
Sehingga kini operasi mencari dan menyelamat wanita berusia 46 tahun itu masih dijalankan.
Timbalan Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani Rosdi Ismail berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada orang awam pada 3.35 petang.
Beliau berkata pencarian dilakukan penduduk kampung sehingga 500 meter dari lokasi tetapi gagal menemui wanita itu.
"Keluasan sungai lebih kurang 100 meter. Kerja-kerja mencari dan menyelamat diteruskan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.