Guru sekolah agama direman cabul pelajar lelaki
Astro Awani
Januari 20, 2019 15:14 MYT
Januari 20, 2019 15:14 MYT
Seorang guru sains lelaki sebuah sekolah menengah agama di Melaka direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Ahad atas dakwaan melakukan amang seksual fizikal dan seks luar tabii terhadap seorang pelajarnya.
Suspek yang berusia 40 tahun itu dipercayai melakukan perkara songsang itu beberapa kali terhadap murid lelaki berusia 13 tahun sejak awal Januari lalu sebelum pelajar berkenaan membuat laporan polis.
Perintah tahanan reman hingga 26 Januari ini dikeluarkan penolong pendaftar Mahkamah Melaka, Dorismah Mohd Idris bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 377b Kanun Keseksaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJN), Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata suspek telah ditahan semalam di kediamannya di Taman Jaya Alor Gajah selepas laporan berhubung kejadian dibuat oleh mangsa.
Difahamkan, mangsa tinggal di asrama sekolah menengah agama berkenaan di mana suspek merupakan warden asrama.
Suspek beberapa kali mengumpan mangsa ke rumah warden sebelum mengarahkannya berbogel dan menciumnya serta menghisap kemaluan mangsa antara 1 hingga 17 Januari lalu.
Pelajar lelaki berkenaan terpaksa menuruti kemahuan gurunya sebelum menceritakan kepada seorang pelajar senior selepas kira-kira tiga kali dipaksa melakukan seks luar tabii itu.
#Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017
#Alor Gajah
#guru sains
#hisap kemaluan
#Mohd Nor Yhazid Idris
#Taman Jaya Alor Gajah
#warden asrama