Guru mempunyai hak kebebasan beragama - NUTP

Astro Awani
Januari 17, 2014 13:23 MYT
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Loke Yim Pheng berkata bahawa guru juga mempunyai hak kebebasan beragama seperti individu lain, berdasarkan perlembagaan persekutuan
Menurut Yim Pheng, sebagai contoh seseorang guru dalam profesion perguruan bebas memeluk Islam, dan individu terbabit bebas membuat keputusan memakai tudung.
Tiada mana-mana pihak boleh mempertikai amalan sesuatu agama oleh seseorang guru, selagi tidak bercanggah dengan etika profesion itu.
Beliau memberi kenyataan setelah isu guru mualaf yang dipaksa membuka tudung oleh Ahli Jemaah Pengurus Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Teluk Sengat, Johor baru-baru ini.
#Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan #Loke Yim Pheng #NUTP #Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Nan Ya