Guru khas untuk empat anak pasangan yang ditahan Sweden
Astro Awani
Februari 9, 2014 21:10 MYT
Februari 9, 2014 21:10 MYT
Empat anak pasangan yang ditahan di Sweden memulakan sesi persekolahan di sekolah kebangsaan hari ini diiringi guru khas untuk membantu mereka menyesuaikan diri.
Menurut bapa saudara mereka, Badrul Hisham Mahzan, guru khas tersebut dilantik untuk membantu mereka dalam apa-apa keperluan dalam beberapa hari ini.
“Nampaknya mereka tidak menghadapi sebarang masalah, saya rasa memang pihak sekolah berusaha keras untuk memastikan mereka berempat sesuaikan diri dan segalanya disediakan awal,” katanya kepada AWANI745.
Beliau berkata mereka tiada masalah untuk tinggal di Kota Tinggi dan satu-satunya rungutan adalah cuaca yang panas.
Sementara itu, dengan tumpuan keatas sesi persekolahan empat beradik yang sekian lama mendapat pendidikan sekolah antarabangsa, AstroAWANI.com bertanya: Sekiranya diberikan peluang, apakah sekolah pilihan anda?
Dalam satu undian atas talian oleh AstroAWANI.com, didapati bahawa kebanyakan pembaca lebih cenderung untuk menghantar anak mereka ke Sekolah Agama, iaitu 35.47% daripada keseluruhan undian.
Jumlah undian untuk “Sekolah Antarabangsa” dan “Sekolah Kebangsaan” pula mendapat undian yang sama, iaitu 26.74%.
Manakala hanya kira-kira 7% memilih Sekolah Jenis Kebangsaan dan 4% memilih “Home Schooling”.
Anda boleh terus memberikan undian anda dengan klik di sini.
##SwedenLetThemGo
#anak/children Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/anak-pasangan-shalwati-dan-azizul-akan-mula-bersekolah-dalam-masa-terdekat-29425?cp
#Azizul Raheem Awalludin
#Malaysia
#Shalwati Nurshal
#weden
#Wisma Putra